Flower Ring – Drama Bersiri Komedi Thai Yang Penuh Aksi Lucu
Berita baik buat para pecinta drama bersiri dari Thailand, KP ada cadangan untuk anda tonton Flower Ring, sebuah drama komedi Thai.
Sinopsis Flower Ring
Flower Ring mengisahkan cinta romantik berunsur komedi antara dua individu yang skeptikal terhadap perkahwinan, namun akhirnya menjadi sahabat di sebuah majlis perkahwinan. Siri komedi ini menampilkan Waenpetch, seorang editor majalah Lovely Family yang berstatus bujang manakala Laising pula, adalah pemilik kedai bunga. Drama ini dibintangi oleh dua pelakon terkenal dari Thailand iaitu Gypso (Ramita Mahapreukpong) dan Push (Puttichai Kasetsin).
Berpegang kepada moto hidup “Kehidupan bujang adalah yang terbaik,” kedua-dua watak utama ini cuba membuktikan kebarangkalian cinta dan perkahwinan mampu terjadi di antara dua orang sahabat baik.
Mampukah persahabatan mereka membawa ke alam perkahwinan?
Terus tersenyum dan bergelak ketawa dengan menonton drama penuh emosi dan lucu ini sepanjang musim #stayathome.
Sebanyak 26 episod yang setiap episod berdurasi selama 60 minit. Bermula pada 24 Disember 2017 dan akan ditayangkan pada setiap Rabu dan Khamis jam 1035 malam. Para pelakon adalah dari Thailand dimana antaranya adalah Puttichai Kasetsin (Push), Ramita Mahapreukpomh (Gypso) jua Arisara Tongborisuth dan Thongwattana Dilok.
Artikel asal: kitepunye.com