2 Benda Penting Yang Kena Tahu Sebelum Tempah Hotel
Sekarang ni lebih senang buat preparation awal untuk bercuti dengan hanya guna telefon/laptop je. Tak payah nak bergantung 100% dekat agen pelancongan.
Tapi macam biasa, tak ada yang mudah. Beratus hotel ditawarkan dalam aplikasi dan lama web dan banyak maklumat mengenai pelbagai hotel di seluruh dunia juga ditawarkan. Selain daripada harga, ada juga disediakan gambar dan perincian tempat menarik serta review daripada pelancong yang pernah datang. Mungkin dengan tempahan awal ada tawaran menarik, tapi ini benda yang kena korang ambil kira dulu sebelum buat pesanan.
Lokasi, lokasi dan lokasi
Salah satu yang boleh korang guna masa nak tempah hotel adalah Google Maps yang boleh bantu korang tengok tempat yang tak pernah korang kunjungi.
Dari Google Maps juga, korang boleh buat perjalanan maya, ke mana sahaja seluruh dunia. Dengan gambar 360 darjah korang dapat tengok kalau ada tempat menarik, restoran, tempat hiburan dan sebagainya dekat sini.
Suasana & kemudahan hotel
Sebelum buat tempahan, korang bole tengok dulu gambar-gambar hotel tu dulu. Sama ada daripada sumber tempahan atau pun dekat website lain. Kadang-kadang ada yang akan letak tempat menarik yang ada sekitar hotel tu.
Selain gambar hotel, tengok juga kemudahan yang disediakan..Ada hotel yang pandai bermuslihat kononnya bilik tu luas, sekali rupanya guna teknik kamera bilik tu nampak lebih luas daripada yang sebenarnya.
Sebab tu pentingnya tengok website lain macam TRIPADVISOR sebab dekat web ni, pelancong sendiri akan letak gambar yang mereka ambil. Jadi taklah ragu-ragu sangat kan?
Artikel asal: Sunshine Kelly
Kredit gambar utama: Old Staug Village