Scrub vs Peeling: Nampak Sama Tapi Berbeza
Seperti yang kita tahu, exfoliation atau pengelupasan ni adalah proses untuk buang sel kulit mati yang paling tua di kawasan permukaan luar kulit. Proses ni perlu supaya liang pori tak tertutup, kulit jadi lebih bersih dan kurangkan naiknya jerawat dekat muka. Biasa buat dalam seminggu sekali.
Kalau korang selalu buat, korang akan nampak dalam jangka masa panjang, tekstur kulit akan jadi lebih baik Dalam proses ni ada 2 jenis cara untuk exfoliation, iaitu scrub dan peeling. Mungkin nampak sama, tapi hari ni Ashley nak share pasal beza keduanya.
Scrub
Scrub biasanya datang dalam bentuk krim yang dalam dia ada macam biji-biji atau dipanggil juga serbuk kristal. Cara pakai dia mudah, letak sikit pada tapak tangan dan gosokkan pada muka. Secara umumnya, kaedah skrub ni boleh disbandingkan dengan kesan microdermabrasion. Boleh guna setiap minggu sebab hanya perlukan beberapa minit je untuk korang gosok ke muka dan cuci. Tapi untuk yang ada masalah kulit jerawat teruk, elakkan guna scrub.
Peeling
Kaedah peeling ni sesuai untuk orang yang ada blemish skin. Peeling bukan sahaja berkesan untuk buang sel kulit mati tapi juga bintik hitam, kotoran pada kulit dan baiki tektur & warna kulit. Bila kita nak buang je peeling mask ni, dalam masa yang sama mana-mana bulu muka yang ada tu pun boleh dibuang sekali.
Artikel asal: Ashleyyeen