Tips Mudah Nak Tarik Followers
Assalamualaikum ^^
Banyak yang bertanya tentang tips untuk buat ramai berpusu pusu siap lawan tarik serkup antara satu sama lain untuk terjah belog kita. Tu memang Yuyu tak tahu. Siap angkat bendera putih seraya makan cekedis. Memang mengaku kalah. Yuyu tak reti.
Tapi, terdapat sedikit tips dalam kepala hotak Yuyu untuk dikongsi bersama. Sekali lagi. Basic. Tengok gambar gambar semua ni :
Belog & Kedai:
Kashi-ya Shop di Sunway Pyramid. Banyak banyak kedai bersepah di sana, kedai ni juga yang Yuyu masuk. Kenapa? Dari depan pun Yuyu telah tertarik hati dengan beliau. Cara susunan kedai. Cara pilihan warna, dan penarik kedai yakni patung bolat bolat tu. Comel.
Macam tu juga dengan belog. Susunlah belog secantik mungkin, atau sekemas mungkin. Jangan biar belog bersepah dan pastikan pilihan warna yang sesuai. Tak sakit mata. Yakni tak terlalu terang. Pilih lah header yang menarik dan susunan sidebar yang tak berterabur.
Entry & Barang Jualan:
Isi kedai di sini sangat sangat menarik. Walaupun hanya sekadar gula gula, tapi, pilihan barang jualan yang sangat menarik, Yuyu yakin, banyak yang datang sini, akan beli juga waluapun satu. Geram kan. Macam tu juga dengan belog. Ada macam macam jenis.
Entry entry yang pelbagai dan menarik, walaupun tak sempat nak baca entry entry selanjutnya, akan buatkan orang tak sabar nak terus tepek bijik mata untuk hari ni, esok, lusa, lusa lusa, lusa lusa lusa, dan lusa lusa lusa lusa. Berapa banyak lusa la -.-‘
Pembaca & Pembeli:
Kedai yang sungguh-pink ni akan mendapat perhatian perempuan ala sopan santun macam Yuyu -.-‘ *tolong lah cakap Yuyu sopan santun. Plis!* kedai yang penuh dengan barang barang barang antik, wajiblah dihadiri oleh orang berjiwa antik kan?
Macam tu juga lah dengan berbelog. Awal awal lagi, kita harus tanggung satu risiko. Kalau rasa nak buat belog pasal personal life, kena la amik risiko yang pembaca “personal life jadah, macam la ko retis” akan meluat masuk belog kita.
Simple bukan entry Yuyu kali ni, tapi sebenarnya, itu lah yang perlu kita titik beratkan bila berbelog. Orang kata, dari mata turun ke hati. Mata lah yang akan buatkan semua nya terus tetap di hati. Kan kan? Maka, lepas ni, kemaskan belog.
Dan pastikan, korang tahu, korang nak tarik pembaca jenis mana? Yang suka sukan? Gossip? Fesyen? Laki? Perempuan? Muda? Kurang muda? Suka baca puisi? Nasihat? Ha. Banyak bukan?
P/s: Yuyu cuma kongsi apa yang Yuyu tahu.
Terima kasih sudi baca 🙂
Artikel asal: Yuyu Zulaikha