Guardian Turun & Lock Harga Untuk Lebih 1,500 Produk Sampai Hujung Tahun Ni!
Guardian Malaysia sekarang ni baru je launch inisiatif rendahkan harga & lock harga tu untuk lebih 1,500 produk termasuklah kesihatan, kecantikan dan juga personal care untuk bantu rakyat Malaysia yang terimpak dengan cabaran ekonomi disebabkan pandemik.
Harganya semua dah direndahkan dan tak akan berubah sampailah hujung tahun ni supaya customer tak perlu dah nak pergi beberapa tempat untuk tengok mana yang tawarkan harga yang terbaik, kata CEO Guardian Asia Tenggara (Guardian SEA), Soren Lauridsen.
Soren: “Guardian mendengar & prihatin dengan apa yang customer mahukan, terutamanya masa pandemik. Jadi kami decide untuk support mereka dengan lock harga terendah untuk 1,500 barang keperluan bagi melindungi daripada harga tak menentu.
Inisiatif lock harga terendah ni adalah usaha Guardian SEA dan komitmen kumpulan Guardian bagi pastikan barang essential kegunaan harian macam mandian, penjagaan rambut, kebersihan diri, vitamin dan supplement masih boleh mampu dimiliki masa keadaan mencabar ni.
“Cust Guardian yang lebih suka beli online, boleh enjoy shopping dengan harga mampu milik dan berbaloi setiap hari sepanjang tahun. Kami percaya uang cust hargai sokongan macam ni terutamanya dalam keadaan tak menentu ni.”
Lauridsen juga jelaskan yang produk ditawarkan inisiatif ni adalah berdasarkan kajian pembelian cust. Maknanya apa yang selalu dibeli macam syampu jenama Dove & Pantene, ubat gigi Darlie dan Panadol Actifast.
Fokus inisiatif ni adalah mampu milik sebab itu yang cust selalu letak sebagai priority.
Hasil kajian Guardian, concern terbesar adalah penjagaan kesihatan. Jadi 35% daripada tu adalah keperluan kesihatan yang dipilih dengan hati-hari untuk buatkan ianya jadi lebih mampu milik.
Dengan keadaan sekarang, Guardian perhatikan ada peningkatan dalam demand untuk brand Guardian sebab harganya yang menarik dengan kualiti yang meyakinkan. Jadi sebagai inisiatif, barang-barang dari brand Guardian pun turut diturunkan dan dilock.
Lauridsen: “pelaburan kami ini sebagai tanda komitmen Guardian yang letakkan cust di hati dalam apa jua yang dibuat, dengar keluhan cust sebagai ‘destinasi’ yang boleh dipercayai di Malaysia.
“Sebagai tambahan, Guardian juga komited untuk improve pengalaman cust dalam keadaan ekonomi yang mana kita buka lebih banyak store untuk cust mudah akses kepada produk kesihatan & kecantikan berkualiti.”
“Disokong team ahli farmasi yang besar, Guardian berdedikasi untuk tingkatkan kesihatan & kesejahteraan semua pelanggan kami.”
Artikel asal: Mommy Mouse Treats