Rahsia Follower Blog Cecah 6k++ Dalam Masa 4 Bulan
Tadi ada seorang blogger email Yuyu satu soklan yang penting antara yang hidup atau yang suku suku mati. Siap subjek email nye “penting”. Gelabah Yuyu buka check. Ingat kan nak kasi wasiat tanah 14ekar. Rupanya beliau cuma tanya:
“Salam dik Yuyu, sbnarnya abg nak tnya lama dh, tp takut tak di layan. Ye la, blogger ***** selalu busy. Abg phm. Abg dpat tahu adik aktif blog baru 4 bulan. Tapi follower dari dah nak hmpir 7k. Kongsi la tips. Sebab abg tgok, blogger yang banyak follower msti dah lama blog. Paling cepat pun sthun lebih. Tp adik baru 4 bln dah 7k. Harap dik Yuyu sudi kongsi tips. Salam”
Sebenar nya, banyak yang bertanya tentang soalan yang mirip mirip dengan soklan abang di atas. Kadang kadang dah balas. Kadang kadang boleh kopi pasta saja semua jawapan tu.baiklah mari Yuyu terang kan di sini, agar ia tersemat hebakk kat kepala hotak.
Alhamdulillah. Terima kasih kepada rakan rakan blogger Yuyu yang sudi ikut perkembangan belog Yuyu yang serba naif ni.
Ya betol kata abang. Belog Yuyu baru 4 bulan aktif. Yuyu bermula berbelog pada 2008. Tapi masa tu, Yuyu langsung tak aktif. Entry ni ada 1 entry untuk 2 bulan kot. Tapi setelah 25 Disember 2010 Yuyu mula aktif. Tak pernah tak tinggal pun nak update entry.
Yuyu sebenar nya tak ada apa apa tips yang nak dikongsikan. Walaupun Yuyu pernah kongsi tips tingkatkan follower, tapi Yuyu tak pulak la buat semua tu.
Entah la. Mungkin rezeki kot. Rezeki masing masing la. Yuyu hanya usaha menaip entry sekerap mungkin, dan cuma singgah ke belog yang rajin komen Yuyu. Dan Yuyu akan ping setiap entry Yuyu di facebook, fanpage Yuyu dan juga group yang Yuyu join. Tu saja.
Yuyu tak guna prinsip “i follow u,u follow i”. Sebab musabab, Yuyu lebih suka orang follow Yuyu dengan secara rela. Sebab bagi Yuyu, belog Yuyu tak da la gempak hebakk sampai nak suruh orang follow. Kalau nak follow, terima kasih sangat. Yuyu sangat sangat hargai.
Selain tu, mungkin juga di sebab kan banyak juga belog yang tepek belog Yuyu di bloglist dorang. Ini sangat membantu sebenar nya. Setiap kali orang masuk ke mana mana blog, ada yang suka check bloglist kan. Ini membantu sebenar nya.
Apa lagi ya?
Ohh.. Backlink! Dan entry! Yuyu tak nafikan, sejak dari bulan februari, banyak blogger yang backlink dan buat entry pasal Yuyu. Terima kasih sangat sangat. Mula nya, Yuyu buat operasi kumpul entry entry yang blogger buat untuk Yuyu di sini, tapi sekarang? 🙁 minta maaf, sejak bulan 3, Yuyu dah tak buat lagi dah. Kalau korang ada buat entry pasal Yuyu, bagitau lah ye. Nanti Yuyu tepek di sini.
Yang lain Yuyu tak tahu. Siyes. Yuyu takkan kepam sorang sorang celah ketiak kalau Yuyu tahu. Yuyu pasti akan kongsi dengan semua. Tapi tu saja yang Yuyu tahu. Dan bagi Yuyu, alhamdulillah. Ini semua mungkin rezeki Yuyu.
Rezeki masing masing kan. Apa pun, Yuyu berterima kasih sangat sangat kepada yang sudi follow Yuyu. Yuyu hargai sangat sangat. Cuma nya, bagi Yuyu apa yang paling penting adalah sokongan korang akan penulisan Yuyu ni. Atau lebih simple, pembaca setia 🙂
Dah dah. Follower Yuyu tak la ramai mana pun, kalau hanis zalikha tengok Yuyu, entah entah dia gelak je. -.-‘
P/s: Berbelog secara aman kan lagi bagus 🙂
Terima kasih sudi bace ^^
Artikel asal: Yuyu Zulaikha