Muka Yuyu Zulaikha Dulu & Sekarang – Tips Jaga Kulit Muka
Assalamualaikumm ^^
Soalan dari blogger: “salam, boleh share tak macam mana Yuyu buat sampai muka Yuyu jadi macam flawless sekarang? Serius ingatkan Yuyu edit, hari tu jumpa Yuyu kat Midvalley, tengok muka Yuyu licin sangat. Boleh kongsi?”
Sebelum: Bulan Mac 2011
Selepas: 2 July 2011
Pehhh. Awal awal entry dah tepek gambar besar gedabak. Kepada yang loya anak tekak, sila makan asam boi. Petua ni di taja oleh Persatuan Ibu Ibu Mengandung Kampung Talang. Sila bawa bersabar demi kepentingan entry ni. Please. Kali ni je.
Persamaan dua gambar di atas adalah, gambar tersebut tidak di edit *siyes tak tipu*, memang kamikaze gila sanggup tepek gambar sebelum ni muka penuh dengan onar dan duri. *tetibe -..-‘* . Ya, tu masalah muka Yuyu dahulu. Muka bersepah dengan jerawat.
Jerawat ni macam BFF la. Tanpa jerawat, memang makan tak kenyang hidup tak senang, mandi tak basah la jawab nya. Parah kan? Ya, ia amat parah dalam situasi sekarang. Beliau pergi satu dan datang dopblas lagi. Memang budiman. -.-‘
Tapi sekarang Alhamdulillah. Setakat ni, Yuyu punya muka dah bebas anggota pasukan jerawat yang gagah dah. Bayi bayi jerawat yang cinta tumbuh di dahi Yuyu pun dah tak ada. Syukur sangat sangat. Kalau boleh nak buat pagar kat muka, tak nak bagi jerawat masuk dah.
Eyebag pun sekarang dah berkurang banyak sangat. Syukur syukur.
Banyak juga yang Yuyu buat supaya nak cantikkan kulit Yuyu ni. Sanggup turun padang tanya semut, lipan, kura kura dan tenggiling. Tanya dorang kot kot ada petua dari tok atau jiran sebelah rumah.
Sebenarnya, antara langkah langkah untuk membendung masalah yang tak diingini oleh semua pelusuk manusia, Yuyu cuba:
- Minum air sebanyak mungkin. Hingga baru saja niat nak pijak kaki ke tanah, air dalam perut dah berkocak kencang. Dahsat kan. Dahsat. Ringkas nya, banyakkan minum air seperti yang disarankan oleh doktor masa check demam kecik kecik dulu.
- Potong kuku hingga ke titisan terakhir. Demi mengelakkan kuman meluaskan empayar nya di celah celah kuku.
- Tak menggaru muka dengan jari, Yuyu garu dengan pergelangan tangan.
- Tukar sarung bantal seminggu sekali. Bersihkan sarung bantal ari air liur basi, mahupun separa basi.
- Amik suplemen. Vitamin C untuk cerahkan kulit. Sekarang Yuyu ambil Redoxon. Memang bagus bagi Yuyu.
- Tak menggaru, sentuh atau picit jerawat. Kalau tak, akan ada kesan hitam. Parut hitam
- Jaga waktu tidur. Biar cukup. Supaya hilang eyebag. Cukup tidur, cukup puas hati nanti dengan muka kita. Juga kesihatan. Tak caya, try tanya Fatin Liyana. Hehehe.
- Buat urutan melingkar di kawasan mata untuk tenangkan mata dan hilangkan eyebag.
- Guna cooling eye gel dari Body Shop. Memang mata akan rasa sangat segar dan eyebag dah kurang sangat banyak
- Cuci muka kalau terasa muka sikit sikit dah melekit.
Dan paling teruk Yuyu buat adalah, Yuyu dah tinggalkan cream muka. Mungkin di sebab musabab oleh kulit Yuyu memang tak suka dengan cream muka. Lepas Yuyu tinggal, Alhamdulillah, memang muka sangat tak bermasalah.
Yuyu disiplin kan diri Yuyu buat semua titik titik cinta di atas demi nak nampak lebih segar.
Kalau dulu, Yuyu suka make up dengan harapan menggunung, agar muka nampak flawless, tapi sekarang, Yuyu dah sedia keluar rumah berjimba bersama rakan taulan hanya menepek bedak tabur, lip gloss, dan eyeliner yang sangat ringan lukisan nya.
Syukur sangat sangat. Bukan senang tahu. Dulu macam macam Yuyu buat, sebab muka terok macam gambar di atas. Sekarang, apa yang Yuyu perlu buat, maintain kan apa yang berlaku, dan tingkatkan supaya lebih memuaskan hati yang tak reti nak puas ni.
Yuyu tak nafi, bukan nak riak juga takkabbur letak dua dua belah kaki ke api neraka. Tak tak. Tapi sekadar berkongsi bila dah 7 orang bertanya soalan yang mirip mirip dengan di atas tu kat Yuyu. Termasuk BFF Yuyu, Babey Apple. Kan kan kan sayang 🙂 jadi sekarang nak pecah rahsia.
Pehh. Tok sah nak hebakk sangat la kan.
Apa pun, benda baik, kita kongsi. Tak salah. Yang bagus, amik, yang tak bagus, jangan amik. Simple. Kan kan kan.
P/s: teringin nak try SKII Facial Treatment Essence. Tapi mahal. Sekadar buat yang mampu. Tak obses dengan kecantikan yang tak kekal. T_T
P/s lagi: ada tak yang perasan, Yuyu dah kurang make up dah sekarang?
Terima kasih sudi baca ^^
Artikel asal: Yuyu Zulaikha