Berbaloi Kalau Nak Cuba Essence Dari Mizon Skin Power
Sherlyn teruja gila nak cuba Mizon Skin Power Original First Essence yang Sherlyn dapat dari Marshear Beauty ni. Kalau korang nak tahu Marshear Beauty adalah kedai kecantikan online yang jual banyak barang kecantikan daripada banyak jenama. Kalau korang nak tengok, bolehlah cekidot mereka dekat IG @marshearmy.
Dalam entry kali ni Sherlyn nak share review Sherlyn dengan produk Mizon Skin Power Original First Essence yang Sherlyn dah guna selama 2 minggu.
First sekali, kalau korang tengok sekali pandang nampak macam produk facial treatment essence SK11 tapi dalam version Korea. Dia bantu bukan setakat toner yang hydratekan skin selain daripada boost kadar penyerapan produk ke kulit korang.
Masa awal tu Sherlyn macam ragu-ragu jugak, tapi…
Dakwaan Mizon Skin Power Original First Essence:
Dengan kandungan premium fermented galactomyces sebanyak 94.5%, produk ni juga ada glutamic acid & hyaluronic acid yang bantu bagi kelembapan pada kulit. Kalau korang nak tahu fermented galactomyces juga ada dalam produk SKII yang kaya dengan vitamin mineral dan amino acid yang bagus untuk kulit. Tak lupa juga kandungan vitamin B3 & ekstrak koko.
Review Sherlyn:
Bau: Bau vuah citrus yang sangat lembut buatkan Sherlyn rasa sangat nyaman sebab tak terlampau kuat
Tekstur: Cecair yang cair
Kesan: Sherlyn perasan yang kulit Sherlyn makin cerah walaupun baru guna 2 minggu. Tapi kesan dia taklah dramatic sangat, cuma lepas 2 minggu Sherlyn perasan yang kulit makin glowing – ke sebenarnya kulit Sherlyn sebelum ni memang kusam? Yang best, kadar serapan dia memang cepat.
Overall: Memang hebat dengan ramuan luar biasa.
Harga dia cuma RM72 untuk satu botol 210ml, jauh lebih bajet berbanding SKII.
Artikel asal: ReadSherlyn