Cara Sihat Handle ‘Mental Block’
Semua orang pernah rasa kan mental block? Bila nak study, buat kerja atau apa-apa jelah terasa susah je. Percayalah korang tak berseorangan. Sampaikan frust tu dibina bertingkat-tingkat sampai tak boleh buat apa. Jadi apa yang boleh korang buat?
Sebenarnya, mental block ni boleh diatasi dengan beberapa tips & trick yang simple je. Dan point dekat bawah ni mungkin boleh overcome masalah mental block korang dan jana daya kreativiti dengan konsisten.
Atasi masalah daripada dalam
First step dia, korang kena faham yang produktiviti dan kreativiti ni datang dari dalam fikiran korang dan bukan hanya masalah yang boleh nampak dari luar. Korang mungkin boleh ada meja yang lengkap dengan segala benda termasuk teknologi canggih, tapi kalau korang tak atasi masalah pemikiran, semuanya jadi tak berguna.
Mental blok biasanya jadi disebabkan:
- Tak percaya diri
- Tak boleh buat keputusan
- Ada mindset yang tak fleksible
- Tak tahu limit sendiri
- Berpandangan sempit
Bila korang ada mental block, benda paling penting kena faham macam mana ia berlaku dan dekat mana dia mula. Lepas dah tahu apa yang korang tengah hadapi, korang akan dapat tahu apa solusi yang tepat untuk selesaikannya.
Pecahkan tugas
Pecahkan tugasan untuk lebih mudah ianya diuruskan. Ini adalah taktik dalam selesaikan masalah/tugasan. Bukan je kerja akan selesai tapi korang akan dapat rasa yang korang lebih enjoy & lebih produktif untuk siapkan tugasan.
Step back
Diatas semua trick yang fancy fancy tadi, korang boleh step back sekejap daripada semua aktiviti dan berehat. Tak kisahlah sekadar berjalan, duduk dekat sofa atau pun tengok TV, ambil masa rehat dalam 15 minit atau mungkin 30 minit-1 jam untuk release stress sebelum mulakan balik tugasan dengan lebih bertenaga.
Mana tahu, tengah break tu idea akan datang mencurah-curah.
Self-reward
Setkan goal dan bagi reward dekat diri sendiri mampu buatkan korang lebih bersemangat. Tak perlu benda mahal pun, cari little things yang boleh buat korang bahagia macam reward break untuk tengok fevret series Netflix korang.
Berpandangan luas
Mental block memang selalu jadi, jadi untuk lebih kreatif, korang boleh tengok/dapatkan inspirasi dengan pandang daripada sisi lain. Boleh juga korang dengar pendapat orang lain untuk dengar pandangan daripada dorang pula. Berpandangan luas akan bantu korang untuk next step, tak adalah korang blur je pandang laptop tapi tak mulakan apa-apa.
Mungkin ada yang rasa diri dia tak kreatif, tapi ketahuilah yang kita ni kreatif dalam cara kita tersendiri. Kadang-kadang kena buat something untuk keluarkan diri. Mungkin dengan tips ni, Kelly dapat bantu korang untuk handle mental block dengan lebih sihat.
Kredit gambar utama: VisualWebz
Artikel asal: Sunshine Kelly