Macam Mana Nak Elak Dapat Kanser Servik?
Sekarang ni ramai yang dah terkena kanser servik. Yang menyedihkan sebenarnya penyakit ni boleh dicegah tau.
Korang tahu tak yang kanser servik/kanser pangkal rahim adalah kanser kedua yang dihidapi ramai wanita di Malaysia dan kanser kedua yang paling banyak berlaku pada golong berusia 15-44 tahun di Malaysia?
Apa itu kanser servik?
Kanser servik adalah sejenis barah yang berlaku di servik dan biasanya disebabkan oleh human papillomavirus (HPV), salah satu jangkitan seksual yang paling biasa.
Sebilangan besar individu aktif secara seksual akan dijangkiti virus HPV, tapi dalam kebanyakan kes, ianya akan hilang tanpa rawatan. Tapi dalam beberapa kes, sel-sel pra barah ni akan bertukar jadi kanser servik.
Biasanya tak ada tanda & gejala sampailah capai tahap yang dah lanjut. Jadi pemeriksaan dan pengesanan awal sangatlah penting untuk kita cegah penyakit ni.
Macam mana nak cegah?
1. Pemeriksaan berkala
Banyak program saringan yang ditawarkan oleh NGO dan organisasi kerajaan di Malaysia.
Apa itu ujian HPV DNA?
Ujian HPV DNA ni hampir sama dengan ujian pap smear, yang cari DNA atau gen HPV yang ada dalam sel servik HPV tertentu sebabkan risiko kanser servik yang tinggi.
2. Vaksin HPV
Ada banyak pilihan vaksin yang boleh korang dapatkan dekat hampir semua klinik/hospital kerajaan di Malaysia. Nak tahu lebih lanjut, korang boleh rujuk dengan doktor. Tapi walaupun ada vaksin HPV, disarankan korang tetap jalani pemeriksaan secara berkala.
3. Hadkan partner seksual anda
Memandangkan HPV adalah penyakit yang berjangkit menerusi hubungan intim, lebih selamat korang hadkan bilangan partner seksual anda untuk kurangkan risiko jangkitan.
4. Gaya hidup sihat
Jangan lupa jalani gaya hidup yang sihat!
Itu je yang Sherlyn nak share. Harap korang semua enjoy. Jumpa lagi!
Kredit gambar utama: ePainAssist,Mayo Foundation
Artikel asal: Read Sherlyn