Jangan Buang, Ini Cara Guna Semula Produk Yang Expired
Kalau sentiasa nak follow trend produk kecantikan dan penjagaan diri ni, memang kita tak boleh nak berhenti membeli. Kadang-kadang tu sampai expiredlah barangnya. Korang pun macam Ashley tak? Ada produk yang dah expired tapi tak adalah keluarkan bau/nampak pelik sebenarnya boleh digunakan untuk benda lain. Jadi tak adalah rasa sayang nak buang sangat.
Perfume
Kalau ada perfume yang dah expired, korang boleh je sembur dekat bilik air atau pun kereta sebagai pengganti penyegar udara. Korang juga boleh je gunakan ni untuk hilangkan debu yang ada.
Eyeshadow
Kawasan mata tu kecil je, jadi kalau jarang pakai memang aka ada lebih. Biasanya eyeshadow ni boleh tahan sampai 2 tahun. Kalau dah expired, apa kata korang gantikan dia jadi pewarna kuku. DIY sendiri je.
Syampu
Biasanya syampu akan habis sebelum expired. Tapi kalau korang ada syampu yang dah expired, korang jangan buang. Boleh je guna untuk cuci baju sebab tekstur bahan yang ada dalam syampu ni tak kuat macam bahan pencuci yang lain. Nanti korang akan perasan, baju korang akan jadi lembut.
Toner
Untuk toner yang expired, korang boleh je guna untuk bersihkan peralatan rumah macam cermin, meja, jubin atau pun tandas! Kalau kandungan alkohol rendah, korang boleh guna toner yang dah expired untuk bersihkan beg tangan. Tapi ingat bukan toner yang ada bahan whitening ya.
Lipstick
Kalau takut tak sempat habis, korang boleh je campurkan lipstick ni dengan Vaselin atau pun lipbalm supaya bila pakai lipbalm nanti adalah sikit kaler kaler tak kosong macam tu je. Kalau korang terpatahkan lipstick tu ke, korang boleh sambungkan balik dengan masuk semula dalam fridge atau freezer untuk beberapa jam.
Kalau ada trick lain, bolehlah inform share share dengan Ashley tau.
Kredit gambar utama: Healthworks.my
Artikel asal: Ashleyyeen.com