Tips Paling Penting & Berguna Untuk Beginner Bakers
1. Baca keseluruhan resepi sebelum buat apa-apa
Kadang-kadang semangat berkobar nak baking sampaikan kelam kabut. Ramai orang terutamanya beginner selalunya akan go thru dulu bahan dengan cara nak buat sebelum buat. Malah kita juga biasanya akan imagine dulu beli barang dekat mana. Sebab tak nak bila dah nak buat, tiba-tiba ada barang yang tak cukup. Bila baca keseluruhan resepi, kita akan tahu berapa lama masa yang diperlukan dengan berapa banyak effort yang diperlukan untuk siapkan resepi.
2. Pelaburan
Kadang-kadang orang selalu lupa nak gunakan bahan dengan kuantiti sebenar. Biasa main agak-agak je. Melaburlah sikit untuk beli scale supaya proses baking akan lebih smooth dan efisyen. Bila agak-agak, kita akan buat pembaziran contohnya kalau tak jadi. Haa, jadi tak perlu nak risau bila ada bahan sukatan yang betul.
3. Tak semua bahan boleh tukar
Tak semua bahan yang tak ada boleh kita tukar. Contohnya macam yis kering (ragi) aktif dengan Mauripan kering. Walaupun dua-duanya dalam kategori yang sama, tapi ada beza tau. Ragi aktif ni dia kena larutkan dalam air sebelum guna, tapi Mauripan pula boleh dicampurkan terus dengan bahan kering. Banyak lagi yang selalu orang buat, contohnya macam baking soda vs baking powder.
4. Kualiti
Nak pilih coklat berkualiti vs coklat murah, apa-apa pun kualiti memainkan peranan penting dekat final product. Sekarang ni kan ada internet, semua orang boleh dapatkan bahan/barang baking yang berkualiti dengan harga mampu milik. Setiap kali beli barang baking, pastikan kualiti tu benda penting kena korang ambil peduli.
5. Berseronok
Kadang-kadang kita ni terlampau letak high expectation dekat diri sendiri. nanti bila final product tak jadi, mulalah rasa tak bersemangat. Okey, jadi yang penting korang enjoy the proses macam mana nak baking dan nanti lama-lama korang akan nampak macam pro.
Kredit gambar utama: Talking-English.net
Artikel asal: Sunshine Kelly