Traveller Benda Basic Yang Kena Tahu Untuk Yang Baru Nak Berjinak Dalam Dunia Travel
Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Travellers Baru, Apa Yang Perlu Buat Sebelum Travel|Pergi travel baik solo mahupun bersama yang tersayang merupakan perkara yang paling seronok dalam hidup.
Pasti rasa best, bila travel menggunakan sepenuhnya dengan duit titik peluh sendiri pasti rasa puas bukan? KP yakin ramai yang suka travel atau ‘kaki travel’? Ada pula yang mungkin baru berjinak menjadi travellers?
Pantang nampak tiket promo mesti nak jadi yang pertama membeli kan? Yelah ada kalau harga tiket boleh less sampai 30%-40% banyak kan.
Daripada harga tiket return mencecah seribu masa promosi ada yang cuma RM400-RM600 je untuk return tau bukan one way. Sangat berbaloi kan?
Ada yang bila ditanya promosi mana harga tiket mention AirAsia. Ada juga yang kata Traveloka! Macam tak percaya yang Traveloka pun ada promosi.
Traveloka
Apa lagi bagai pucuk dicita ulam mendatang terus pi usha Traveloka nya website. Memang betullah selalu ada diskaun dan harga pun masih berpatutan ye. Dengar cerita di Traveloka boleh dapat cheap Emirates flight tikets.
Macam tak percaya tetapi percayalah Emirates flight boleh dapat murah dengan membeli di Traveloka dan diantaranya juga flights to Melbourne.
Tips Untuk Travellers Baru
Tips travellers baru ini mungkin ada diantara sudah dipratikkan tapi buat yang baru berjinak-jinak apa kata cuba guna tips ini,
Insyallah dapat membantu untuk perancangan cuti-cuti atau travel nanti
● Destinasi yang sesuai
Kita ambil contoh pasal Melbourne kan. Pada yang belum pernah travel jauh atau ‘newbies’, elakkan lah pergi tempat-tempat yang memeningkan kepala dengan visa dan sebagainya. Memandangkan buat travellers baru, pilihlah negara yang dekat dan mempunyai kemudahan transport awam. Kenapa begitu sebab memudahkan pergerakan apabila berada di sana nanti.
Jangan pula kata tak bagi pergi Melbourne atau negara yang memerlukan visa untuk masuk.
Sebagai permulaan pilih negara yang senang dilawati seperti Thailand atau Indonesia. Senang untuk sesuaikan diri terutama dalam komunikasi kerana bahasa pengantaraan yang digunakan adalah bahasa Melayu atau English
● Barang Keperluan
Kalau ada yang travel jenis ‘backpacking’, ada beberapa perkara perlu diambil berat. Ambil tahu tentang musim di negara yang bakal anda pergi.
Dari situ pilihlah pakaian yang bersesuaian. Janganlah musim panas bawa pula baju sejuk atau sweater tang tebal dimana rugi ruang dalam beg kan?
Untuk kelengkapan diri pula bawa dalam packaging lebih kecil yang ‘travel size’ kalau boleh. Pindahkan ke dalam botol yang bersesuaian untuk tempoh masa sewaktu travel.
Ingat ye di dalam flight untuk hand carry hanya dibenarkan membawa liquid dalam botol 100ml dan dilimitkan untuk 1000ml sahaja.
● Kenal pasti keadaan tempat yang dituju
Wajib tahu ye kalau boleh sebelum beli tiket flight. Banyak sebab perkara ini perlu berada di ‘top list’ atau terpenting. Seperti contoh dah beli tiket flight dan tarikh yang nak pergi musim hujan atau banjir, pastinya segala aktiviti tergendala bukan?
Apa yang dirancang sama ada terbatal atau dipinda tarikh atau lokasi. Silap-silap duduk dalam bilik hotel saja.
Kenal pasti juga aktiviti yang boleh kita lakukan untuk setiap musim yang ada terutama untuk negara yang ada 4 musim macam Jepun dan Korea. Lain musim lain masa operasi dibuka dan ditutup.
Kalau musim hujan mungkin dipendekkan masa tetapi musim panas dipanjangkan masa operasinya dimana ianya mengikut kesesuaian keadaan.
● Ubat-ubatan
Ubat di negara sendiri dan negara luar mungkin pada nama ada yang sama tetapi dos-nya mungkin berlainan.
Ubat wajib seperti Panadol, minyak angin, minyak balm, ‘handyplast’ mahupun ENO atau ubat cirit birit antara yang wajib dibawa walaupun travel didalam negeri atau luar negara.
Tengok macam mudah tetapi bila nanti dah sakit dan perlu ubat tidak perlu tergesa-gesa atau susah hati mencari ubat untuk merawat sakit yang dialami. Pasti tips ini amat membantu sangat.
● Pastikan ada data
Bila travel mesti nak ambil gambar OOTD atau keindahan tempat yang dilawati kan!
Ada pula yang wajib untuk membuat panggilan apabila sampai ke destinasi. Sebelum berlepas pastikan talian anda mempunyai data secukupnya atau ‘roaming’ jika berada diluar negara.
Pengalaman KP dalam bercuti diluar negara ada 2 cara. Boleh menggunakan line data roaming melalui syarikat telco yang guna sekarang.
Kalau ‘data roaming’ mahal gunalah option lain iaitu membeli sim card yang dijual untuk pelancong di negara yang dilawati nanti. Ada juga yang menyewa data roaming di lapangan terbang sebelum berlepas.
Bila ada kemudahan seperti data senang dan mudah untuk berkomunikasi sama ada whatsapps call dan Direct Message di Instagram atau Facebook. Settle masalah.
So ini adalah di antara tips yang mungkin boleh membantu travellers baru untuk memulakan travel anda tidak kira di dalam negeri mahupun luar negara. Bila dah biasa nanti mungkin tidak perlu lagi bukan?
Tidak salah merancang agar dapat mengurangkan stress atau tekanan sewaktu bercuti.
Kredit gambar utama: Travetopia
Artikel asal: kitepunye.com