Simple Tapi Sedap, Resepi Cukentang Cicah Sardin Berapi Kegemaran Semua
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Biasanya KP akan pastikan barangan wajib sebahagiannya seperti telur, maggi, sardin, susu, biskut, bihun dan ada lagi. Barangan yang dibeli pastilah murah atau berpatutan dan lagi bagus jika keluaran tempatan. Antara tempat yang selalu KP singgah untuk membeli adalah Segi Fresh Market.
Segi Fresh Market
Tahu tak tagline mereka ialah ‘Pilih Fresh, Pilih Segi’. Sebabnya Segi Fresh senantiasa pasti pelanggan yang datang berpuas hati dengan kualiti kesegaran selain dari harga berpatutan. Lagi murah harga barang dijual lagi ramai yang datang membeli bukan ?
Anak-anak turun padang untuk membantu KP memasak di dapur. Kali ini menu yang bakal dikongsikan senang, mudah dan penting lazat untuk dimasak tidak kira untuk yang bujang, berdua mahupun keluarga besar.
Jom lihat menu simple dari keluarga berempat kami dengan menggunakan produk dari Segi Fresh Market. Cukentang sebenarnya adalah cekodok isi kentang. Biasa isi ikan bilis atau ayam kali ini anak teruna nak letak kentang di dalamnya.
Resipi Cukentang
- Kentang Rebus (ikut suka berapa biji )
- Tepung Gandum
- Telur
- Garam secukup rasa
Cara masak:
- Kentang yang direbus dicampur dengan tepung gandum. Letak sebiji telur dan sedikit air.
- Gaul hingga sebati tambahkan air sedikit dan garam secukup rasa. Jangan terlampau cair ye adunan
- Goreng di dalam minyak dengan api sederhana. Agak dah masing warna kekuningan boleh diangkat.
Sardin Berapi
- Cili Giling
- Cili Kisar Hidup
- Sardin Dalam Sos Tomato
- Cili Api Hidup
Cara masak:
Panaskan minyak, tumis cili giling, cili kisar hidup dan cili api hidup. Bila dah pecah minyak tuangkan sardin dalam tin. Sardin yang ini sebab dia sos tomato itu yang KP tambahkan cili agar pedas tetapi tak sangka berapi. Haa… Isi dia nampak cantik dan kuah pun pekat.
Inilah hasilnya selepas berperang di atas dapur. Satu peringatan untuk anda yang ingin mencuba resipi ini, silalah tambah cili-cili ini mengikut kepedasan anda. Lagi banyak cili diletakkan lagi pedas jadinya. Peminat makanan pedas pasti suka. Oh ye hidangan ini bukan setakat dimakan bersama cukentang. Boleh makan dengan nasi panas maupun roti.
Teh O Ais Laici Anak Dara
Memandangkan sardin berapi jadi anak dara siapkan air terbaik untuk dinikmati sekali . Semestinya Teh O Ais dicampur dengan laici. Laici kali ini dari jenama Trader’s Choice. Walaupun ada yang kata jenama tak kenal tapi bagi KP asalkan kualiti buah dalam tin dia banyak dan harga berpatutan OK saja. Yang penting halal ye!!
Dah siap bancuh air, letak laici dalam bekas air Teh tadi.
Letak ais supaya lagi sejuk lagi sedap. Lelagi makan sardin berapi so ini pakej terbaik bukan!
Supper katanya
Jam 1030 katanya lapar tapi nak makan atau minum hidangan yang ringan. Pergi ke dapur cari apa yang boleh dibuat. Ada juga Premix Coffee 3 in 1 dari Segi Fresh. Terus bancuh dalam gelas dengan air panas. Kasi biskut gula untuk dicicah .Siap makan minta tambah lagi sambil nonton filem Happy Ghost 2
Ini adalah sebahagian saja, masih banyak lagi barangan berkualiti yang boleh didapatkan. Apa kata cuba pergi sekali tengok dan lihat sendiri betul ke tak apa yang KP katakan. Jangan kata KP tak payung ye dan nak tahu apa apa promosi yang ada layari
Website: http://segifresh.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Segifresh
Instagram: https://www.instagram.com/segifreshmarket
Artikel asal: kitepunye.com