9 Jenis Onigiri Yang Korang Tak Nak Tertinggal Untuk Cuba @ 7-Eleven
Hai, pencinta onigiri sekalian! Korang tahu tak sekarang ni 7-Eleven Malaysia ada launched onigiri jenis baru. Nasi yang dimontokkan dengan isi-isi macam salmon, abalone wasabi dan lain-lain yang dibalut dengan seaweed mudahkan korang kalau korang jenis makan on-the-go. Yey, jom kita makan!
9 Jenis Onigiri Baru dari 7-Eleven
Chuka Idako Onigiri @ RM4.50
Rasa chuka idako ni ditampilkan baby octopus yang dimarinate dengan sos dan bijan. Rasa dia manis-manis kenyal gitu.
Salmon Teriyaki Onigiri @ RM4.20
Jenis Salmon Teriyaki ni buatkan korang teringat-ingat menu nasi dengan teriyaki salmon.
Wasabi Abalone Onigiri @ RM5.00
Pamper korang punya taste bud dengan Wasabi Abalone Onigiri ni. Rasa premium rice ball ni memang sesuai untuk yang ada high-standard dan buatkan korang nak lagi dan lagi.
Unagi Onigiri @ RM5.50
Untuk snek atau pun menu makan, korang boleh je pilih Unagi Onigiri. Terasa mewah sekejap. Lepas makan korang mesti rasa yang kenapalah lambat sangat jumpa menu sedap ni.
Smoked Salmon Cream Cheese Onigiri @ RM4.50
Kalau korang nak try menu klasik Jepun, bolehlah cuba jenis yang ini. Jaminannya mesti korang rasa puas sebab rasa dia yang segar & berkhasiat.
Tabiko Kani Mayo Onigiri @ RM4.20
Dengan umami yang besar, senang sangat onigiri ni puaskan craving korang yang suka makanan Jepun.
Soy Garlic Chicken Onigiri @RM3.70
Nak yang berbeza? Bolehlah cuba Soy Garlic Chicken Onigiri yang diperap dengan kacang soya, halia dan bawang putih. Pasti rasa manis dan masin tu dapat puaskan craving korang.
Teriyaki Chicken Onigiri @ RM3.70
Sebagai alternatif, Teriyaki Chicken Onigiri ni boleh korang pilih sebab dengan rasa ayam yang fresh memang sedap.
Tuna Mayo Onigiri @ RM3.70
Sebut pasal onigiri, Tuna Mayo memang tak boleh dilupakan. Fevret all the time! Rasa dia yang rich, tekstur yang perfect dengan mayo dan tuna berkualiti tinggi.
Jangan lupa dapatkan semua perisa onigiri ni dekat mana-mana kedai 7-Eleven berdekatan hari ni. Sama ada korang pairkan dengan meal lain atau makan dengan secawan kopi, fuh memang kena.
Selain daripada onigiri, korang boleh juga dapatkan makanan lain yang ready to eat macam nasi lemak, spageti, mihun, snack dan minuman-minuman lain dekat 7-Eleven. Tak lupa juga Slurpee yang sinonim dengan 7-Eleven sejak dulu lagi/
Nak saving, make sure korang download My7E™ Loyalty App untuk reward-reward menarik!
Maklumat lanjut boleh layari 7-Eleven Malaysia di website, Facebook atau pun Instagram.
Artikel asal: Sunshine Kelly