Tips Mix & Match Denim
Assalamualaikum
Setiap manusia di muka bumi ni, mesti ada paling kurang satu denim seorang. *hmm, hampir kot, tokwan yuyu takde pun*. Sebab denim ni, ciptaan manusia paling selesa di bima sakti. Boleh jadi fesyen paling ringkas, boleh juga jadi fesyen paling kontroversi. Homai.
Yuyu mula minat denim dari sekolah menengah lagi. Paling simple, Jeans + T-Shirt Rumah Biru sukan sekolah. Habis style dah bawa keliling satu pekan. Bila dah ada duit sendiri, berjenis denim yuyu kumpul. Dari jeans, denim shirt, handbag sampailah heels yang boleh di mix&match mengikut pelbagai kesesuaian masa.
Nampak macam style kan 🙂
Jadi, entry kali ni, yuyu nak share cara yuyu mix&match denim. GUESS Denim adalah kesukaan! Kalau korang pernah ada walau satu pun koleksi denim dari GUESS, pastilah korang tahu betapa korang akan jadi peminat setia denim GUESS seumur hidup korang. Kan kan? Sapa geng?
Okay. Sekarang kita mula tips-tips kita. Tadaa…
1) A romantic dinner occasion
Bagi yuyu, untuk sesuatu yang romantik, penting untuk tonjolkan watak feminim, dan dalam masa yang sama padankan dengan sesuatu yang lebih rilek supaya kita lebih selesa. Pilihan denim yuyu untuk Romantic Dinner, adalah GUESS Fitted Denim Shirt.
Dengan button dari atas hingga ke bawah dia, buat kita selesa untuk pakai dengan pelbagai gaya. Boleh unbutton, boleh buttonkan habis. Kita mak buyong 6bulan ni, button setengah je, kang tersepit anak kat perut i’olls ni. Ihik.
2) Music Festival / Concert
Semestinya kena padankan dengan sesuatu yang lebih santai, simple tapi tetap tampak diri menarik. Paling ringkas, please, jeans dengan long-sleeve shirt pun dah cukup okay. Sebab apa? Sebab walaupun simple, tapi tetap menarik, tak nak la pakai sarat, ends up dengan rasa rimas. Erghh.
3) A night out party with le’ friends
Macam mana kalau yuyu try mix dua denim tadi? Fitted Shirt + Jeans. Nampak macam satu gelap, satu cerah kan? Macam tak kena je, tapi, try matchkan dengan shawl yang berbunga, dan tona gelap sikit, lebih kurang warna GUESS Petite Brittney-Boot yuyu tu?
Simple kan?
Nampak kan kuasa denim. Walaupun dua helai tu saja, kita boleh pelbagaikan dengan macam-macam gaya. Simple tapi tetap ada daya tarikan dia. Ingat dulu masa first time ada jeans, sampai tak basuh tiga bulan kau. Sebab apa, hari ni pakai dengan peplum, esok pakai dengan t-shirt, lusa pakai dengan bat-wing dress.Â
Kalau enkorang semua termakan dengan tips ni lalu terbeli pula denim Guess digempar gempurkan kebestannya itu, jangan le lupa hashtag #guessmalaysia #LLOVEGUESS #ehmalaysia . Ihik ^^
Terima kasih sudi baca 🙂
Artikel asal: Yuyu Zulaikha