Senaman Santai Yang Paling Cepat Bakar Lemak Masa Bulan Puasa
Masa bulan puasa ni ramailah yang ambil kesempatan niat nak diet kan. Dalam memenuhi kewajipan ibadah puasa, sambil sambil tu boleh sekali dapat berat badan idaman.
Tapi bulan puasa ni sebab tak boleh makan dan minum, ramai jugaklah yang tak yakin nak exercise. Alasannya takut nanti terlampau penat dan dihidrasi sebab tak cukup air.
Korang korang! Kalau nak tahu senaman masa bulan puasalah bagus tau. Lagi cepat lemak-lemak degil korang tu terbakar.
Okey, sini Zee nak share senaman santai yang boleh korang buat masa bulan puasa yang tak memenatkan sampai buat korang boleh lembik tak berdaya.
Slow jog
Tak perlu yang heavy heavy macam workout dekat gim, korang slow jog je dalam kawasan perumahan. Tak pun dalam rumah pun memadai.
Jangan pulak korang buat tabata, walaupun tabata sekejap je durasi dia. Memang lepas satu round pengsan sebab penat sangat.
Slow jog ni korang boleh buat sejam sebelum buka puasa atau lepas buka puasa. Itu pun kalau korang berbuka makan kurma sebiji dan air kosong je. Kalau korang tibai nasi sepinggan, sah sah lepas berbuka dah tersadai kenyang kan?
Bulan puasa ni nak bersenam, ikut kemampuan. Jangan taksub sangat nak nampak kurus masa raya, sampai korang push hard melebihi apa yang mampu.
Korang juga boleh baca artikel ni kalau nak tahu aktiviti senaman apa yang cepat bakar kalori: Aktiviti senaman yang cepat bakar kalori
Selamat beriadah!
Kredit gambar utama: Stack/Indian Express