Cara Mudah Nak Tahu Cincin Emas Padu Ke Tak
Dah nama pun perempuan, memang sukakan perhiasan emas. Tak banyak pun adalah sikit untuk penambah seri orang kata, sekurangnya sebentuk cincin.
Tapi ramai yang tak tahu, cincin ni ada yang jenis padu dengan jenis kosong (hollow). Daripada korang beli yang kosong, baiklah ambil yang padu supaya lebih berbaloi dan tahan walaupun harganya agak mahal.
Macam mana nak tahu cincin tu padu ke tak?
1. Jenis kosong/hollow
Kalau jenis kosong biasanya ada longkang dekat dalam. Longkang ni macam lekuk dekat bahagian dalam.
Kalau korang nak pakai harian, elakkan beli cincin jenis ni sebab mudah kemek dan bengkok. Kan dah rugi nanti bila rosak.
2. Jenis padu
Jenis padu dalam dia rata je, tak ada longkang dan tak ada air macam bertakung dekat dalam tu.
Cincin padu ni memang boleh pakai harian sebab dia tahan lasak. Memang tak ada masalah rosak ke apa.
Cincin batu pun salah satu jenis cincin yang padu. Cuma kena hati-hati takut pemegang batu tu tak kuat dan sebabkan batu korang tercabut. Bila dah tercabut, faham faham sendirilah.
Kalau yang ganas pakai cincin jenis kosong, nanti cincin korang akan jadi bengkang bengkok macam dalam gambar. Tak ke buruk jadinya.
Mudah je kan?
Kalau korang memang jenis beli cincin nak pakai harian, belilah yang jenis padu supaya tahan lama dan taklah rasa membazir. Kalau korang jenis banyak aksesori, bolehlah beli yang jenis tak padu sebab aksesori bertukar-tukar kan?
Jadi lepas ni dah tahu kan nak cari cincin yang padu macam mana? Share dengan orang lain supaya dorang tak terbeli emas yang kosong.
Selamat memilih!
Kredit info & gambar: @Nurnadiana