3 Jenis Cincin Yang Perlu Bakal Pengantin Tahu
Untuk bakal pengantin, terutamanya yang nak bajet tu mesti terfikir berapa bentuk cincin yang perlu disediakan. Buat bakal yang masih confuse tak tahu nak beli berapa bentuk, sini Zee senaraikan 3 cincin penting yang kena korang sediakan.
1. Cincin merisik
Cincin merisik ni sebagai tanda yang pihak perempuan ni dah dicop sebagai bakal isteri pihak lelaki.
Cincin merisik ni orang panggil jugak sebagai cincin belah rotan sebab urusan merisik ni simple je, jadi cincin belah rotan selalu digunakan sebab design dia yang simple.
Kalau boleh beli cincin belah rotan yang fully gold, tapi kalau korang suka yang ada nampak silver silver sikit tu bolehlah beli. Ikut keperluan dan citarasa korang.
2. Cincin tunang
Untuk cincin tunang yang biasanya bawa maksud yang dah ada tali yang mengikat pihak lelaki dengan pihak perempuan.
Cincin tunang ni biasanya meriah sikit daripada cincin merisik. Biasanya orang beli yang ada batu atau pun berdesign tapi tetap nampak simple dan manis.
Biasanya yang dipilih ada diamond kecik-kecik disusun sejajar, dipanggil sebagai eternity ring. Korang boleh pilih nak emas kuning ke emas putih, bergantung pada citarasa.
3. Cincin kahwin/nikah
Biasa cincin kahwin ni memang meriah dia tak boleh bawak bincang. Yelah sebab dah sah kan sebagai suami isteri?
Kalau ikut adat melayu, cincin kahwin ni biasanya lagi mahal daripada 2 cincin dekat atas dan akan disarung bila selesainya upacara ijab Kabul.
Tapi buat korang yang nak bajet, ikutlah kemampuan dan bincang dengan pasangan. Tak perlu pun beli 3 bentuk cincin semata nak ikut adat kalau ekonomi tak mengizinkan. Ikut kemampuan supaya diri sendiri tak merana di kemudian hari.
Betul tak?
Tak tahu nak ukur saiz cincin? Jom baca sharing SantaiSini DEKAT SINI.