Boleh Ke Produk Makeup Bagi Kebaikan Pada Kulit?
Walaupun produk makeup dah berlambak dekat pasaran, ramai daripada kita yang masih percaya produk makeup ni boleh setakat buat muka seseorang tu jadi sempurna je dan tak bagi kebaikan pada kulit.
Persoalannya, betul ke macam tu?
Okey, first thing korang kena tahu industri kosmetik ni besar & semua pengeluar produk nak orang ramai yang berpotensi jadi pembeli percaya yang produk dorang benar-benar bantu kulit untuk jadi lebih sihat.
1. Tentukan Jenis Kulit
Produk makeup sekarang banyak jenis, sama macam makeup. Untuk yang lebih bagus, pilih makeup yang sesuai dengan kulit korang. Kulit pulak ada banyak jenis:
- kulit normal: tak ada penjagaan khas
- kulit sensitif: yang cenderung untuk bertindak balas dengan bahan-bahan tertentu
- kulit kering: disebabkan kadar kelembapan udara yang rendah dan pendedahan kepada air panas, boleh jadi juga disebabkan genetic
- kulit berminyak: nampak lembap dan berminyak
- kulit kombinasi: ada ciri-ciri kulit berminyak & kering, kawasan zon T lebih berminyak
2. Kandungan Bahan
Pentingnya untuk tahu beli barang kosmetik sebab ianya bagus untuk jenis kulit anda. Selalu check lebel untuk tengok apa kandungan bahan yang digunakan. Pastikan ia bebas daripada bahan kimia antara yang biasa ada ialah paraben, formaldheid dan pewarna tiruan.
Nak selamat, korang boleh pilih produk yang diasaskan bahan semula jadi macam Aloe Vera, kelapa dan sebagainya dan elakkan produk yang gunakan bahan yang selalu diiklankan bagus contoh macam minyak petroleum yang boleh buat kulit korang tersumbat dan berjerawat.
3. Produk Serbaguna
Nak lebih jimat, korang boleh pilih produk yang serbaguna. Contohnya kalau korang dalam usia 30 tahun, korang dah boleh start cari produk makeup yang khas untuk anti-penuaan supaya garis-garis halus & kedutan dapat diminimumkan.
Kalau korang ada jerawat, bolehlah beli produk kosmetik yang ada bahan ‘penenang jerawat’ macam yang ada kandungan aloe vera atau pun tea tree oil. Jangan salah pilih produk pulak, takut nanti jerawat korang makin merebak dengan jayanya pulak.
Untuk tahu produk makeup yang sesuai korang boleh juga jumpa dengan pakar dermatologi dan dapatkan khidmat mereka. Yang paling penting, lepas makeup pastikan ia dicuci dengan betul supaya tak ada berlakunya irritation pada kulit.
Kredit gambar utama: Cities.zorainsstudio.com
Artikel asal: Sunshine Kelly