Dah Kawin Pun Masih Nak Curang, Hati-Hati Dengan Lelaki Hidung Belang
Salah satu kunci kebahagiaan yang utama dalam ikatan perkahwinan ialah kesetiaan dan kejujuran. Bila dalam perkahwinan tak ada rasa jujur dan setia, memang institusi perkahwinan boleh runtuh.
Sebab benda tu memang asas dalam hubungan suami isteri!
Untuk perempuan bujang, hati-hati dengan helah lelaki yang dah jadi suami tapi masih mengaku bujang ni. Bahaya dia kalau tak dikawal memang boleh merosakkan.
Sebab apa eh ada sesetengah lelaki yang masih lagi gatal walaupun dah bergelar suami? Jom kita rungkai sama-sama.
1. Uji ego
Jangan tak percaya, ada setengah lelaki yang curang sebab suka-suka je. Saje je nak uji ego sendiri. Nak tengok yang dorang ni laku lagi ke nak pikat wanita lain walaupun dah berstatus suami.
Bila dah berjaya pikat, rasa seronok berskandal mulalah timbul rasa tak ada salah pun kalau dorang nak curang. Ini memang bahaya teruk sebab boleh bawa kepada mudarat yang lebih besar!
2. Rasa diri mampu
Ada juga yang sebab rasa dia mampu, tu yang dia curang. Contohnya walaupun dah masuk usia warga emas, tapi masih nampak muda dan bergaya. Tu yang dia rasa dia mampu nak pikat wanita lain.
Satu kajian psikologi pernah dedahkan yang bila lelaki ni kaya dan berduit, dorang akan lagi kerap rasa pasangannya kurang menarik/cantik.
3. Hilang sabar dengan pasangan
Ada yang curang disebabkan dah hilang sabar dengan pasangan. Bercerai bukan option yang akan dorang pilih, terutamanya kalau ada anak-anak kecil. Benda ni akan bawa kepada sikap nak cari orang lain yang jauh lebih baik daripada pasangannya.
Aipp, tapi ingat! Kalau korang hilang sabar, jangan sesekali pilih option curang. Berbincang cara baik dengan pasangan, komunikasi itu kunci. Kalau rasa tak mampu dah nak berbincang, sila berpisah dengan cara yang baik. Bukan dengan curang!
4. Memori dengan kekasih lama
Ini pun salah satu bahaya bila contact balik dengan kekasih lama. Bila dah jumpa mesti ringan je kan mulut tu nak bercerita pasal memori dulu – bercinta bawah pokok lah, redah hujan sama-sama ala ala cerita Hindustan la.
Bila dah throwback banyak sangat, kemungkinan besar yang tak pandai kawal akan rasa balik macam perasaan lama dulu. Kan dah bahaya.
Sebagai wanita, mungkin sebelum berkawan kena ambil langkah berhati-hati. Jangan sampai terlajak berkasih dengan suami orang. Sebab keburukan bercinta dengan suami orang ni lagi banyak daripada kebaikan.
alrite?
Kredit gambar utama: Cosmopolitan