Tips Penjagaan Baju Kurung Cotton Supaya Tahan Lama & Kekal Cantik
Baju cotton memang selalu jadi pilihan kalau orang tu pentingkan keselesaan. Dan untuk perempuan, baju kurung cotton akan buatkan si pemakainya nampak lebih manis dan ayu dalam gaya klasik. Itulah kelebihan cotton.
Tapi, nak jaga baju dari cotton ni bukannya senang. Sebab salah penjagaan, baju kurung cotton boleh nampak lusuh walaupun baru 2-3 kali je pakai.
Jom Zee nak share tips penjagaan baju kurung cotton yang boleh korang cuba:
- Cuci tangan, jangan masukkan sekali bersama baju lain. Pilih sabun basuh yang tak berapa kuat.
- Lepas dah cuci, rendam baju kurung cotton dengan softener untuk kain lebih lembut dan wangi. Nanti nak iron pun jadi lagi senang.
- Sebelum sidai, kibas dulu baju supaya fabrik tak berkedut. Sebab nanti bila tak kibas, kesannya akan nampak masa nak iron/lipat.
- Sidai dekat tempat yang redup, jangan direct kena matahari terus sebab nanti fabrik akan jadi pudar.
- Kalau guna mesin dryer, elakkan terlampau lama di mesin. Sebab takut tekstur rosak.
- Kalau iron, biasakan terbalik dulu baju baru iron. Sebab ada setengah cotton, warna dia boleh jadi rosak bila kena direct dengan iron. So untuk elakkan benda ni jadi, terbalikkan dulu baju okey?
Mudah je kan?
Walaupun nampak macam susah nak jaga, tapi baju kurung cotton ni sebenarnya memang tahan lama korang. Pandai jaga, baju kurung cotton masih lawa walaupun dah bertahun pakai.
Buat peminat baju kurung, jom tukar selera ke baju kurung cotton pulakk~
Korang juga mungkin berminat nak baca: Kenali ‘care ;abel’ pada pakaian