Kerap Gosok Gigi Tapi Masih Berlubang Dan Rosak, Jom Tahu Sebab Apa
Ada setengah orang, rajin gosok gigi pun gigi masih lagi rosak dan ada masalah berlubang. Yelah, padahal dah gosok kan? Mana tak pelik.
Buat korang yang ada masalah yang sama, ada beberapa perkara yang korang terlepas pandang sebenarnya masa gosok gigi. Jom dengar penjelasan doktor gigi, Dr Iqbal Rosali pasal ni.
1. Tak gosok gigi kacip bawah
2. Tak gosok gigi geraham
3. Tak gosok gusi dekat leher gigi
4. Tak gosok gigi geraham (menghadap pipi)
5. Tak gosok gigi paling hujung
Jadi macam mana nak elakkan keadaan gigi dekat atas ni daripada berlaku? Kenalah gosok gigi guna teknik yang betul macam yang pernah kita belajar masa sekolah rendah dulu.
Macam mana tu teknik yang betul untuk gosok gigi?
- Letakkan berus di antara gigi * gusi pada sudut 45 darjah.
- Berus permukaan luar gigi secara ke atas dan ke bawah.
- Berus permukaan dalam gigi dengan posisi berus masih 45 darjah.
- Gosok dari gusi ke gigi.
- Gosok jugak permukaan mengunyah gigi geraham.
Nak lagi mudah korang boleh rujuk gambar bawah:
Gigi ni antara asset yang paling kita kena jaga juga tau. Mungkin ramai yang ambil ringan pasal penjagaan gigi sebab dorang rasa gigi dekat bahagian dalam, jadi tak perlu pun nak ambik kisah sangat.
Tapi bila gigi dah mula rosak, dah mula nampak tanda rosak teruk barulah sibuk nak cari ubat. Masa tu terpaksa redo lah kalau kos rawatan yang klinik kenakan mahal. Kan lebih baik mencegah daripada mengubati. 😉
Korang kalau nak tahu tips jaga gigi, bolehlah follow Dr Iqbal Rosali.
Kredit gambar utama: Healthline