Perut Tak Lapar Pun Bunyi Jugak, Ini Sebabnya
Perasan tak, ada masanya perut tak lapar pun tapi dia punya bunyi mengalahkan masa lapar. Kriuk kriuk non-stop. Buat malu betul kalau waktu berbunyi tu ada yang dengar.
Kalau korang nak tahu, perut berbunyi bukan masa lapar je tau. Masa korang dah kenyang pun perut masih lagi boleh berbunyi dan ianya adalah normal. Semua orang pun pernah hadapinya.
1. Pencernaan
Perut berbunyi menandakan sistem pencernaan korang tengah bekerja. Ia terjadi bila udara dan cecair dalam perut bertembung dan berkontraksi sampai keluarkan bunyi.
2. intolerance makanan
Ada makanan yang tak sesuai akan sebabkan perut berbunyi dan biasanya disebabkan oleh penghasilan gas.
3. Kesukaran bernafas
Rasa sukar nak bernafas juga jadi punca perut berbunyi kerana kurangnya oksigen masuk dalam darah sampai mempengaruhi sistem pencernaan badan.
4. Usus tersumbat
Usus tersumbat bila makanan tak mampu nak bergerak bebas dalam usus sampai keluarkan bunyi. Biasanya bila usus tersumbat, korang akan dapat gejalan sakit perut, muntah, kenyang dan tak boleh nak buang air besar.
Kalau korang risau perut asyik berbunyi, dan diikuti dengan rasa sakit, korang bolehlah dapatkan nasihat doktor.
Jangan tahan atau biarkan rasa sakit tu berterusan. nanti melarat dah susah.
Tapi dalam keadaan biasa, bunyi perut adalah normal. Nak elakkannya, ambil makanan yang seimbang supaya usus perut mudah memproses makanan & tak perlu ‘bekerja keras’ untuk cernakan makanan.
Lepas ni tak adalah korang pelik, bila lepas makan tapi perut masih bunyi-bunyi.