Tips Potong Kuku Elak Cekam
Penjagaan kuku merupakan salah satu penjagaan diri yang terpenting tapi ramai yang masih mengabaikannya.
Kuku yang sihat adalah bersifat licin tanpa sebarang lubang atau alur serta bebas daripada sebarang perubahan warna.
Jadi ada beberapa tips mudah yang korang kena buat masa potong kuku supaya tak terjadinya cekam yang boleh sebabkan kesakitan.
1. Potong lurus
Kuku kaki tak boleh dipotong serong. Bila korang potong dalam bentung melengkung, kuku kaki yang bahagian hujung bila dia tumbuh dia akan menekan kulit kaki. Jadi akan sebabkan sakit.
2. Ketip kuku
Guna ketip kuku yang sesuai. Seeloknya beli yang besar untuk senang pegang. Dan pastikan ketip kuku tu tajam tau.. Oh tak lupa juga sebelum dan selepas guna, lap dulu dengan sanitizer untuk matikan kuman.
3. Biar kuku panjang sikit
Nak potong kuku, jangan potong sampai habis. Biarkan ada sikit lebih. Sebab bila kuku terlampau pendek, memang akan berlakunya cekam dan jangkitan.
4. Potong masa kering
Mungkin ada yang gemar potong kuku masa lepas mandi, tapi korang kena tahu bila kuku dalam keadaan lembut, susah untuk dipotong dengan baik berbeza dengan potong masa kering.
5. Potong sikit-sikit
Nak potong kuku, jangan sekali ketip tu korang buang segala kuku yang panjang tu. Buang sikit demi sikit. Bila paksa dipotong dengan banyak, kemungkinan akan sebabkan tersalah potong, terluka dan sebagainya.
Kalau korang selalu terkena cekam, mungkin boleh cuba cara dekat atas ni. Kalau korang amalkan, Zee yakin lepas ni dah tak ada dah lah korang selalu kena cekam.
Selamat mencuba!