Wanita Pengsan Tengok Lelaki Hensem Antara Penyakit Rare Yang Ada Dalam Dunia
Sebagai manusia, memanglah kita suka lihat sesuatu yang cantik dan menarik, termasuklah rupa paras seseorang. Bak kata orang muda, bolehlah buat untuk cuci mata.
Tapi korang tahu tak, dalam dunia ni ada yang boleh pengsan kalau tengok orang hensem?
Daily Mail ada melaporkan yang seorang wanita, Kirsty Brown dari Northwich, Cheshire boleh pengsan kalau tengok lelaki hensem disebabkan oleh gangguan otak rare iaitu cataplexy; satu kelumpuhan otot secara tiba-tiba.
Untuk pengetahuan korang, cataplexy ni berkait dengan narcolepsy yang merupakan satu gangguan tidur.
Bila emosi tak mampu dikawal macam terlampau happy, terlampau takut dan sebagainya otot kaki akan rasa macam lumpuh dan buatkan badan Kirsty lembik dan ‘pengsan’ dalam lebih kurang 2 minit.
Dan dalam masa sehari Kirsty boleh pengsan antara 5-50 kali sebab benda ni! Nak pulak bila terlampau penat, memang akan kena lebih kerap.
Jadi sebab masalah ini, Kirsty susah untuk keluar rumah dan kalau keluar pun dia akan tundukkan pandangan.
Memang susahlah kan?
Mungkin Kirsty bila nampak je lelaki hensem dia akan over nervous kot, tu yang sampai jadi macam ni.
Hmm, korang yang dapat nikmat boleh usha lelaki hensem sampai nak terkeluar biji mata tu harapnya bersyukur la ya. ;p
Kredit gambar: Daily Mail/Mercury Press