Logik Di Sebalik Ketaksuban Tonton Video Picit Jerawat
Korang suka tak tengok video picit jerawat? Jujur jelah dengan Zee sebab Zee pun macam tu. ;p
Walaupun terasa macam geli, tapi bila tengok jerawat dipicit keluar tu memang tak tergambar rasa puas tu. Sampaikan boleh habis berjam-jam sebab layan video orang picit jerawat je.
Nak tahu tak sebab apa jadi macam tu?
Menurut Pakar Dermatologi, Dr Sandra Lee orang suka tengok video picit jerawat sebab terasa macam tengok filem seram – perasaan macam roller coaster kejap suspen, kejap teruja, kejap happy.
Perasaan jijik manusia ni kalau korang nak tahu ia merupakan satu interaksi yang ada daya tarik aneh tau, contoh macam lihat ledakan isi jerawat. Terasa jijik tapi rasa puas tu ada dan buatkan orang nak tengok lagi.
Dan satu lagi, pakar sendiri cakap yang tengok video jerawat dipicit ni mungkin satu terapi yang boleh ‘sembuhkan’ diri seseorang sebab berkait dengan psikologi buang benda jijik yang tak sepatutnya ada dalam diri kita.
Jadi kalau korang suka tengok video orang picit jerawat, tak payah malu. Its normal okay.