Kemaluan ‘Tertutup’ Punca Lelaki Ni Terpaksa Hidup 28 Tahun Sebagai Wanita
Korang pernah terbayang tak yang jantina korang sekarang ni sebenarnya bukanlah jantina yang sebenar? Dengar macam mustahil kan? Tapi dalam dunia realiti, memang berlaku.
Macam yang heboh hari tu pasal Aprilia Manganang, atlet bola tampar Indonesia yang disahkan secara rasmi berjantina lelaki lepas 28 tahun dia hidup.
Bayangkan sebelum ni dia jalani kehidupan macam perempuan, tiba-tiba kecederaan yang dialami bongkar rahsia yang sebenarnya dia lelaki.
Kredit: Brilio
Kalau korang nak tahu, Aprilia yang dah tukar nama dia sebagai Aprilio Perkasa Manganang ni ada masalah hipospadia iaitu kelainan zakar masa dilahirkan.
Hipospadia ni berlaku bila saluran air kencing dekat pundi kencing tak ada dekat kedudukan normal yang menyebabkan lelaki tidak dapat buang air dengan betul. Tapi dengan pembedahan, ianya dapat diselesaikan.
Kredit: Detik.com
Masalah Aprilio hadapi ni bukan tandanya dia ada 2 kemaluan tau tapi disebabkan penis yang tertutup buatkan pesakit tu macam memiliki anatomi kemaluan wanita, vagina.
Dengan bukti yang kukuh, Aprilio kini dah pun disahkan sebagai lelaki dan sedang jalani pembedahan untuk membetulkan semula masalah yang beliau hadapi.
Kredit: Detik.com
Mungkin kisah Aprilio ni boleh dijadikan pengajaran dekat mak ayah dekat luar sana supaya bersedia dengan segala kemungkinan dan dapat ambil langkah rawatan yang cepat untuk mencegah.