Cepat-Cepat Tukar, Ini Tanda Moisturiser Tak Sesuai Dengan Kulit
Setiap orang ada jenis kulit yang berbeza. Sebab tu ada banyak jenis skincare dekat dunia ni dicipta bagi memenuhi keperluan semua penduduk dunia.
Jadi, macam mana nak tahu kalau skincare tu tak sesuai dengan kulit? Contohnya macam moisturiser.
Kalau korang nak tahu, jom tengok apa kata guru imej, Puan Mary mengenai tanda moisturiser tak sesuai dengan kulit.
1. Rasa terbakar
Bila korang letak je dekat kulit, terus rasa sakit macam terbakar. Maknanya ia tak sesuai dan sila cepat-cepat cuci.
2. Breakouts
Moisturiser yang tak sesuai akan buatkan kulit korang rasa gatal, merah dan sebagainya. Bila dah tak boleh berfungsi dengan betul, sel kulit mati akan berkumpul dan akan sebabkan jerawat tumbuh dengan subur dekat muka korang.
3. Biji putih milia
Kalau korang ada biji putih milia dekat area mata, itu tandanya pori korang tersumbat dan kemungkinan besar ia berpunca daripada kandungan moisturiser yang tak sesuai dengan kulit.
4. Kulit kering
Moisturiser ni function dia melembapkan. Jadi bila korang rasa kulit kering tu maknanya dia tak boleh ‘bekerja’ sebab terlampau cair dan tersejat dengan cepat.
5. Berminyak
Masalah ni selalu berlaku bila individu tu ada kulit kombinasi. Memang susah nak cari moisturiser yang boleh melembapkan kulit dan bukannya menyebabkan kawasan berminyak jadi lagi berminyak.
6. Tona bertukar
Ini paling penting. Kulit tak sepatutnya bertukar tona, kecuali kalau sebelum ni kulit korang kusam dan bertukar kepada berseri. Tapi kena ingat kadar kecerahan tak ketara sampai nampak sangat tau.
Jadi kalau korang alami tanda-tanda dekat atas ni, silalah segera bertukar kepada moisturiser lain dengan kadar segera. Tak perlu pun beli moisturiser yang mahal, cukup dengan korang tengok kandungan bahan sama ada sesuai atau tak dengan kulit korang.
Korang juga mungkin berminat nak baca: Tak Apa Kalau Kulit Tak Flawless, It’s Normal!