Jaga-Jaga, Minum Air Berlebihan Boleh Buat Korang Koma!
Orang yang nak kurus, mesti selalu dimomokkan dengan minum air banyak kan? Jadi sebab nak kurus, ramailah yang duk gogok je minum air tanpa kawalan.
Kalau korang termasuk dalam golongan yang buat macam ni, PLEASE STOP!
Minum air memang bagus untuk bagi badan kekal hidrat. Tapi kalau secara berlebihan, memang bawa padah tau walaupun yang korang minum tu air kosong jek.
Menurut seorang doktor, Ahmad Zakimi Abdullah, minum air secara berlebihan dalam tempoh masa yang singkat akan sebabkan seseorang tu jadi mabuk air. Paras sodium dalam darah jadi rendah dan ianya melebihi kapasiti kemampuan ginjal untuk buang air tadi.
Pernah ada seorang pesakit yang dimasukkan ke zon merah sebab hal ni tau. Malah akhbar sendiri pernah laporkan yang seorang wanita ni hilang deria penglihatan dia lepas minum air terlampau banyak!
Bukan main-main ye korang.
Korang boleh detect yang korang ni mabuk air bila korang ada rasa loya, muntah, letih, tahap kesedaran makin turun yang mana keadaan lebih teruk bawa kepada sawan sampailah ke koma.
Takut kan? Lagi takut bila ada yang gelar diri dorang sebagai konsultan kesihatan boleh sarankan ‘anak murid’ dorang untuk minum sampai 8L dalam sehari.
Jangan buat hal, naya beb!