Bulu Ketiak Elok Cabut Ke Cukur?
Korang pernah dengar tak antara cabut dan cukur bulu ketiak mana satu yang elok?
Bagi setengah orang, mungkin dia prefer untuk cukur sebab lebih mudah dan tak sakit berbanding cabut.
Tapi kena tahu kalau cukur bila lepas bercukur, kena pakai krim supaya risiko iritasi tu dapat dikurangkan. Tambah pula bercukur ni boleh buatkan ketiak jadi hitam untuk setengah orang.
Kalau cabut pula, memang akan buat bulu tumbuh lagi lambat sebab bulu akan dicabut sampai ke akar. Dan proses setiap cabutan tu memang azab, sakit weh! T-T
Antara 2 ni, mana yang lebih baik?
Sebenarnya tak ada istilah baik ke tak, sebab dua dua ada risiko. Bergantung kepada keselesaan korang sendiri. Kalau korang selesa nak bercukur, silalah cukur. Kalau nak cabut jugak satu satu supaya bulu ketiak lambat tumbuh silakan.
Sebelum buat apa-apa korang kena pastikan peralatan yang digunakan bersih dan selamat tau. Dan sentiasa gunakan krim pelembap untuk elakkan bahagian kulit terdedah pada risiko iritasi.
Bezanya sebelum cukur korang kena buang dulu sel kulit mati dekat ketiak, mungkin boleh cuba cuci dengan kapas yang dah diletakkan toner atau micellar water. Kalau cabut pulak, proses buang kulit mati akan dibuat lepas dah siap cabut.
Lepas ni kalau ada yang tanya korang antara cukur dengan cabut mana yang lagi okey, korang bagi tahu je macam yang Zee terangkan kat atas tadi okeh?
Yang penting, bulu ketiak tu jangan biarkan panjang sangat. Kalau berpeluh habis terperangkap semua bakteria dekat situ. Bau pun memang masyam asyuk la nanti.