Pelajar Hilangkan Stress Dengan Baring Dalam Kubur
Dikejar dengan assignment, lab report, group presentation dan sebagainya, bergelar pelajar memang agak tertekan. Nak pulak masa dekat-dekat exam, memang terasa azabnya.
Sebagai universiti yang concern dengan kesihatan mental pelajarnya, Universiti Radbound di Amsterdam ada buat satu inisiatif untuk pelajar dia release stress iaitu dengan sediakan kubur.
Ya, kubur. Korang memang tak salah dengar.
Tapi kubur ni bukanlah kubur betul pun. Sekadar kubur untuk pelajar-pelajar bertafakur dan lari daripada dunia sebenar.
Ingatkan kubur ni akan buat pelajar takutlah tapi rupa-rupanya memang laris betul dengan orang yang nak mencuba sampaikan mereka terpaksa beratur tunggu giliran untuk masuk dan bertafakur di dalamnya.
Dikenali sebagai Momento Mori yang mana dalam bahasa Latin membawa maksud ‘ingat kematian anda’, kubur tersebut siap disediakan dengan tikar & selimut supaya momen bertafakur jadi lebih selesa.
Pelajar boleh pilih nak baring sampai 3 jam atau pun cukup sekadar 30 minit je.
Kata pengasas projek kubur ni, ianya bertujuan untuk sedarkan pelajar supaya sentiasa hargai nyawa dan kehidupan mereka. Jadi kalau na buat apa-apa yang membahayakan nyawa tu kena fikir 2/3 kali dulu.
Kalau Malaysia ada buat macam ni, Zee rasa taubat lahom la orang nak pergi. Betul tak?