Elak Kena Maki, Jom Cuba 3 Tips Atasi Masalah Kaki Busuk
Masalah kaki busuk ni memang kalau terbau boleh mendapat kaki. Lagipulak bau kepam campur dengan bau basah, aduh sakit kepala dibuatnya bila terbau. Memang minta dimaki.
Tapi untuk elak daripada dimaki, ada beberapa cara yang boleh korang buat untuk atasi masalah kaki busuk tu.
1. Selalu cuci kaki dengan sabun
Kaki adalah anggota yang selalu orang lupa untuk cuci bila mandi. Sekadar gosok badan sampai peha je. Masa mandi kaki pun kenalah dicuci, celah celah jari tu gosok sekali, skrub jangan lupa juga tau.
Supaya daki-daki yang ada tu dibuang dan tak dibiarkan untuk bakteria membiak. Lepas dah mandi, jangan lupa jugak untuk keringkan kaki dan sapulah losyen untuk bagi wangi.
2. Jaga kebersihan kasut
Kalau korang tak rajin nak cuci kasut selalu, at least jemurlah selalu kasut korang tu. Bau busuk terhasil sebab ada bakteria jadi bila korang jemur dekat tengah panas, bakteria tu akan mati.
Tak pun beli je spray yang ada jual untuk matikan bakteria. Banyak yang korang boleh pilih dekat pasaran ni.
Masalah kebersihan kasut ni paling penting korang kena jaga masa musim hujan. Sebab musim hujanlah banyak kes-kes kaki bau.
3. Jangan biarkan kaki basah
Kaki basah-basah, jangan terus pakai kasut. Bawak bersabar sikit. Lap kaki atau biarkan kering dulu baru pakai. Memanglah kalau pakai stoking nanti basah tu akan terserap, tapi korang kena ingat, kasut bertutup tak ada ruang udara. Bila terpengap je, memang naiklah baunya.
Selain daripada 3 benda asas dekat atas ni, korang juga boleh cuba buat rendaman kaki dengan air garam untuk buang segala bakteria yang ada. Bukan takat kaki je tak ada bau, tapi korang akan jadi lebih fresh tau.
Tak percaya boleh cuba.
Sini Zee nak pesan sikit, biar muka tak hensem/cantik, asalkan kaki tak bau. Buat malu je kalau jaga muka/penampilan tapi bila part kebersihan kaki, KO habis. Y+T-T