The Rock Pun Syok ‘Layan’ Buat Bekam
Kalau korang kenal The Rock, mesti korang tahu kan yang dia ni sangatlah menjaga kesihatan badannya. Macam-macam rawatan yang dia cuba untuk kekal sihat bertenaga termasuklah bekam yang boleh kata agak asing dalam budaya orang Barat.
Baru-baru ni The Rock adalah share satu rawatan bekam yang dia buat untuk pertama kalinya.
Gambar mirror selfie yang ada tunjukkan kesan bekam – tompok bulat merah raih perhatian peminatnya terutamanya yang tahu kebaikan bekam pada badan.
Untuk pengetahuan korang, bekam ni memang sangat bagus untuk kesihatan badan sebab dia keluarkan bahan kotor daripada badan seseorang dengan gunakan cara cupping yang dah pun diamalkan sejak tahun 1550 sebelum Masihi.
Kalau korang tak nak bekam darah, korang boleh je buat bekam dengan kaedah bekam kering yang mana badan korang tak perlu dicucuk pun untuk keluarkan darah. Dalam kata mudahnya bekam angin.
Oh tak lupa juga ada juga bekam api. Cuma bekam api ni tak ramai pengamal perubatan yang buat.
Korang kalau rasa badan tak best tu bolehlah cuba buat bekam. Memang akan terasa ringan nanti sebab darah kotor dan toksik tu dibuang daripada badan. Yang penting korang cari pengamal bekam yang ada sijil sah tau.
Kalau The Rock pun kata syok layan bekam, takkan korang tak syok pulak kan?