Darah Period Bau Busuk, Ini Yang Gadis Kena Tahu
Darah biasa dengan darah period memang banyak beza terutamanya daripada segi bau yang mana darah biasa ada bau macam besi-besi sikit.
Berbeza dengan darah period, ada masanya bau darah period ni memang menyucuk hanyirnya sampaikan boleh buat ada setengah perempuan yang geli dengan darah haidnya sendiri.
Sebab apa bau dua darah ni berbeza?
Menurut Dr Adeline Jaclyn, darah yang keluar kalau terluka biasanya datang terus dari pembuluh darah. Manakala darah haid adalah daripada peluruhan dinding rahim yang kemudiannya akan melalui vagina dan pH normal vagina menjadikan bau darah berubah.
Yang normal, bila darah period korang berbau macam logam menyengat. Macam bau syiling disebabkan banyaknya zat besi yang dikeluarkan selain daripada adanya peningkatan alkali pada darah.
Tapi ia jadi tak normal bila bau busuk selain daripada bau logam tadi tu.
Bau busuk
Bau busuk yang terhasil ini mungkin disebabkan pemakaian tuala wanita terlampau lama tidak diganti. Jadi untuk elakkan darah period bau busuk, eloklah tukar tuala wanita dalam 3-4 jam sekali.
Bau ketiak
Walaupun ia bukan kawasan ketiak, tapi ketahuilah ia boleh jadi macam bau ketiak. Puncanya mungkin sebab peluh-peluh yang ada dekat vagina. Bila dah bercampur dengan bakteria dekat kulit, bau darah yang keluar tadi akan berbaulah macam ketiak.
Bau hamis
Bau hamis ni bila dah terlampau menyucuk elok-eloklah cepat pergi jumpa doktor, sebab ada risiko berlakunya jangkitan bakteria pada vagina. Dan ini berlaku pada wanita yang selalu ganti-ganti pasangan tidurnya.
Jadi lepas ni kalau darah period korang berbau, kenal pasti dulu bau dia jatuh dalam kategori mana. Jangan gelabah dulu tau.
Korang juga mungkin minat nak baca: Jenis Makanan Yang Perlu Wanita Elak Masa Period