Tampil Lebih Langsing, Sherry Alhadad Jadi Tumpuan Netizen
Sebut je nama Sherry, ramai yang suka dengan gaya pengacara beliau. Sangat santai, versatile tapi masih lagi menjaga etika dalam pengacaraan.
Selalu tampil dengan badan sedikit berisi, penampilan Sherry baru-baru ni mencuri perhatian bila beliau nampak lebih langsing dan sihat Teruja netizen dan peminat melihatnya.
Dalam sharing tersebut, Sherry nampak ayu berbaju kurung warna kelabu tersenyum manis memandang kamera dalam satu sesi shooting konsert retro raya.
Kalau korang perasan, Sherry memang rajin share aktiviti-aktiviti harian beliau termasuklah bersenam macam berjoging dengan gym.
Walaupun masa berisi, Sherry dah nampak cantik, tapi bila dah makin langsing ni dia punya aura tu bertambah-tambah cantiknya. Makin nampak sihat pun ye.
Kalau tengok ruangan komen, ramai yang bagi kata-kata semangat dekat Sherry untuk dapatkan berat badan yang beliau idamkan.
Go Sherry, moga kami yang nak kurus ni pun boleh terinspirasi nak kurus bila tengok Sherry. <3