Isu Sugar Baby, Pelacuran Gaya Moden?
Kalau dekat negara luar macam Amerika, isu sugar baby ni bukan satu benda baru dah. Tapi dekat Malaysia, isu ni memang di luar normal masyarakat sebab korang sendiri tahu kan apa sebenarnya konsep sugar baby- sugar daddy ni.
Okey buat yang tak tahu, meh sini Zee nak cerita sikit. Sugar baby ni satu istilah yang merujuk kepada satu individu yang sanggup berikan layanan kepada sugar daddy sebagai balasan kepada keperluan ekonomi yang diberikan kepada mereka.
Dengan persetujuan bersama, keduanya akan memberi dan menerima seperti apa yang dijanjikan.
Dekat Malaysia, benda ni bukanlah satu yang normal tau. Sebab Malaysia yang kaya dengan adat dan budaya, selain daripada pelbagai agama yang melarang benda ni berlaku. Tak kiralah agama apa.
Pada awal-awal aplikasi Sugarbook ini dilancarkan, ramai dah yang menentang sebab ianya seakan satu normalisasi kepada pelacuran gaya moden. Maknanya sugar daddy ni dah tak payah susah susah pergi cari sugar baby sebab dorang boleh je cari guna apps ni.
Mungkin ada setengah orang anggap ini adalah salah satu platform cari pasangan, tapi cara dan konsepnya salah bagi pendapat Zee walaupun pemilik Sugarbook sendiri dah menafikan yang aplikasi ni bukanlah seperti yang dikatakan orang ramai.
Kalau korang nak tahu, Malaysia merupakan negara ketiga tertinggi di Asia sebagai lubuk sugar daddy dengan kapasiti sebanyak 42,500 orang didahului India dan Indonesia dengan data masing-masing sebanyak 338,000 dan 60,250.
Yang paling mengejutkan bila lebih 14,000 orang pelajar dah jadi sugar baby dengan yang paling ramai dari Sunway Universiti. Sebabnya rata-rata daripada pelajar alami kesukaran hidup semenjak pandemik COVID-19 melanda.
Dalam pekembangan terbaharu, pihak polis memaklumkan yang pengasas Sugarbook telah ditahan selepas menerima 74 laporan di seluruh negara.
Takut tengok sekarang ni. Harapnya isu ni dapatlah ditangani dengan sebaiknya. 🙁