Tips Sikat Rambut Untuk Orang Kerinting Supaya Tak Sakit
Untuk orang yang ada rambut kerinting, memang agak susah sikit penjagaannya berbanding dengan orang yang ada rambut lurus.
Kalau rambut kerinting ni, jarang sangatlah sikat rambut tu tanpa rasa sakit. Kadang-kadang boleh sampai rasa nak tercabut kulit kepala dibuatnya sebab sikat terlekat dekat simpulan rambut.
Jadi buat si rambut kerinting, ada beberapa cara yang korang boleh cuba untuk elakkan rasa sakit masa nak sikat rambut.
1. Gunakan conditioner
Walaupun korang tak bersyampu, pastikan tiap kali mandi korang letak conditioner dekat rambut supaya rambut jadi lebih lembut dan mudah nak disikat. Masa letak conditioner tu, pastikan korang dah lerai-lerai dulu tau simpulan rambut tu.
Masa basah, rasa sakit dia tak sesakit masa rambut tengah kering. Dan kalau korang selalu gunakan conditioner, korang akan nampak rambut kerinting korang tak lagi nampak messy.
2. Hair mask
Jangan ingat muka je tau ada mask, rambut pun ada jugak. Hair mask ni fungsi dia nak bantu untuk pulihkan rambut yang dah rosak dari akar & lapisan bawah kulit kepala. Kebanyakan hair mask memang kaya dengan nutrient yang diperlukan kepala.
Berbanding pelembap yang lain, hair mask ni dia punya kuasa penembusan memang tak boleh bawa bincang. Terbaik habislah.
3. Jangan sikat masa rambut kering
Inilah kelemahan yang terpaksa orang rambut keirnting hadapi. Dorang hanya boleh sikat rambut bila rambut basah je. Sebab masa rambut basah, tekstur rambut masih lagi lembut dan senang nak dibentuk/dileraikan kalau bersimpul.
Bila dah kering, korang memang tak ada pilihan lain. Sama ada nak biar tanpa sikat atau pun nak sikat masa basah.
4. Gigi sikat
Kalau rambut dah kerinting, jangan beranganlah nak pakai sikat yang banyak gigi tu sebab sikat tu buatkan rambut korang jadi lagi teruk. Sebaliknya pilih sikat yang gigi besar dan jarang supaya nanti tak adalah sakit sangat bila disikat.
Kalau korang ada masalah rambut kerinting, dan rasa trauma nak sikat sebab sakit… Korang boleh cuba cara ni. Mudah & berkesan.
Jadi lepas ni dah tak adalah masalah sakit dah bila sikat rambut. Sharekan dekat kawan-kawan yang rambutnya kembang setaman tu.
Selamat mencuba!
Terima kasih kongsikan tips berguna ni.