Jenis Makanan Yang Perlu Wanita Elak Masa Period
Untuk wanita, datang bulan atau period adalah satu proses yang agak menyakitkan kerana tindak balas hormon yang berlaku dalam badan. Itu belum lagi kalau masuk dengan sakit senggugut. Memang lagilah terasa azabnya.
Untuk pengetahuan korang, ada beberapa makanan yang wanita perlu elakkan untuk makan masa period. Bukanlah bermakna tak boleh makan, tapi kalau boleh cubalah tinggalkan sekejap sampailah habis period.
1. Daging berlemak
Yang disarankan makan masa period adalah daging ayam atau ikan bagi menggantikan daging yang berlemak. Sebenarnya bukan masa period je tak boleh makan daging berlemak tu, masa biasa pun tak digalakkan makan sebab lemak yang ada boleh menyebabkan saluran darah pada jantung tersumbat.
2. Aiskrim
Sama macam daging berlemak, aiskrim pun ada lemaknya tau. Jadi kalau nak makan aiskrim masa period mungkin korang boleh ambil aiskrim yang bukan bersusu contohnya aiskrim limau yang masam.
3. Kafein
Kafein ni bukan hanya ada pada kopi, tapi juga pada teh. Kafein ni memang banyak sangat khasiatnya tapi kalau korang minum berlebihan, memang ia tak bagus tambah pula masa period. Lagilah memburukkan keadaan sakit.
4. Makanan bergoreng
Masa period ni, banyak yang sarankan makan makanan yang berkuah. Supaya bila dimakan panas-panas, perut tu rasa lega sikit daripada senggugut. Ada orang masa period ni memang tekak dia susah nak menelan, jadi option paling baik ialah benda berkuah macam sup dan singgang.
Walaupun ini makanan yang disarankan elak dimakan masa period, ada setengah orang yang tahan dan boleh makan semua ni tanpa dapat kesan apa-apa. Sebab setiap orang sistem imun badan mereka lain-lain.
Jadi, yang penting korang makan sesuatu yang berkhasiat tau supaya kekal sihat dan bertenaga walaupun masa period. 😉
Korang mungkin berminat nak baca: Jangan Ambil Mudah! Sakit Senggugut, Apa Yang Perempuan Kena Tahu?