Penampilan Baru Abby Abadi Curi Perhatian, Makin Cantik, Langsing & Ayu
Ogos 2020, pelakon yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam Gerak Khas beritahu yang beliau dah buat pembedahan ikat perut atau bariatric lepas berat badannya sukar nak dikawal bila dah cecah 92kg.
Hasilnya dalam 2 minggu kemudian, berat Abby turun sebanyak 5kg!
Itu cerita hampir 5 bulan lepas. Untuk cerita kali ni, Zee nak share sikit pasal penampilan Abby yang baru ni. Memang nampak lebih cantik, langsing & menawanlah.
Kalau korang tengok gambar & video yang Abby share dekat IG dia, memang nampak sangat lain.
Malah video TikTok beliau dan isteri bekas suaminya, Memey Suhaiza & anak-anaknya curi perhatian sebab terlampau ketara sangat perubahannya.
Abby pun nampak lebih ceria & sihat.
Nasihat Abby, kalau korang pun ada masalah nak kawal berat badan yang terlampau berlebihan, bolehlah consider untuk buat pembedahan ni. Demi kesihatan jugak. Kalau bukan kita siapa lagi kan yang nak concern?
Btw, Zee suka tengok family Abby Abadi. Walaupun dah berpisah dengan Norman Hakim & masing-masing pun dah ada pasangan baru, nampak kehidupan dorang sangat akrab & harmoni.
Loveee sangat! <3
Kalau korang nak tahu lanjut pasal pembedahan ikat perut ni, boleh baca: Jangan Tertipu! Duta Kurus Bukan Sebab Produk, Tapi Sebab Buat Pembedahan