Cara Pakai Eyeliner Tanpa Comot
Dalam banyak-banyak step nak makeup, ramai newbies yang mengeluh masa nak buat eyeliner. Dia punya susah tu memang boleh buat hilang mood nak bersiap.
Jadi buat newbies yang baru nak belajar pakai eyeliner, jom Zee tunjuk cara cemana korang kena buat masa pakai eyeliner supaya hasilnya memang nampak macam korang bukan newbie.
1. Tahu posisi
First step sekali, korang kena betulkan posisi masa pakai eyeliner. Daripada berdiri baik korang duduk dan bertenang dulu.
Lepas tu letakkan tangan yang korang nak guna untuk apply eyeliner tu atas meja yang stabil, pastikan masa apply tu jari kelingking sentuh pipi sebagai cara untuk elakkan eyeliner korang lukis jadi salah.
2. Jangan tarik hujung mata
Ini selalu orang buat. Kalau nak tahu tips tarik hujung mata ni tak sesuai sebab ianya jadi punca kulit mata jadi kendur sebab kawasan tu nipis je kulitnya. Kalau korang takut kalau tak tarik nanti eyeliner jadi salah, step seterusnya ada jadi penyelamat.
3. ‘Cuci’ guna concealer
Kalau takut comot, korang sediakan je cotton bud dan ratakan kawasan comot tadi dengan concealer. Tak perlu pun cuci balik seluruh muka atau seluruh mata. Memang mudah kan?
4. Gunakan kad atau sudu
Dengar macam kelakar, tapi kalau dah tak reti apalah salahnya gunakan cara ni kan? Korang cari je apa benda yang boleh jadi pengukur contoh macam kad atau pun sudu. Ini lagi mudah.
5. Lukis terus pada pengepit bulu mata
Kalau korang ada pengepit bulu mata, kaedah ni paling senang. Sebab 2-in-1 – sambil curlkan bulu mata, korang boleh dapat terus eyeliner cantik.
Lepas ni, tak adalah bila makeup kawasan mata tu nampak macam tak lengkap sebab ada mascara je. Sebab korang dah boleh buat makeup eyeliner dengan konfiden walaupun newbies.
Selamat mencuba!
Kredit gambar utama: Beautymesia