Buku Lali Hitam, Macam Mana Eh Nak Cerahkan Balik?
Bagi orang perempuan, buku lali hitam ni dah jejaskan penampilan. Bukan apa bila pakai selipar tu rasa macam hmm segannya. Terus rasa konfiden tu jatuh beberapa tingkat.
Sebenarnya ramai je perempuan yang ada masalah ni, tapi malu nak kongsi. Kan?
Untuk korang yang ada masalah ni, ada beberapa cara yang boleh korang buat kalau korang nak cerahkan kawasan buku lali.
1. Lemon/limau nipis
Kadar asid dalam limau nipis dikatakan boleh menghakis hitam hitam yang terjadi akibat hiper-pigmentasi.
Caranya gosok lembut limau tadi dekat kawasan yang hitam dan biarkan kering sendiri. Lepas tu bilas dengan air suam. Kalau nak buku lali korang cantik, kerap-kerap lah buat.
2. Tepung + susu + kunyit
Kalau nak kulit peloles kan selalu orang bagi tips supaya buat masker dengan tepung kan? Haa, tips ni pun boleh guna kalau korang nak cerahkan buku lali tau.
Caranya campurkan sedikit susu, 2-3 sudu tepung gandum dengan sikit serbuk kunyit. Lepas tu sapu adunan pada buku lali dan biarkan kering sebelum korang gosok perlahan dengan air suam.
Hasilnya kalau korang konsisten buat memang puas hati.
Dua petua atas ni Zee share dari Petua Tradisional. Kalau dua lagi dekat bawah ni, Zee sendiri amalkan dan hasil dia memang puas hati.
3. Losyen
Losyen ni bukan je boleh lembutkan kulit tapi boleh cerahkan kulit yang gelap kalau korang ambil losyen yang fungsinya memutihkan. Lepas mandi lap badan kering-kering then sapulah losyen dekat badan dan kawasan kaki tadi.
4. Scrub
Bukan muka dengan badan je kena scrub tau. Badan pun sama. Kalau korang rasa sayang nak keluarkan duit beli scrub, korang boleh DIY je sendiri guna bahan-bahan dapur macam gunakan gula, garam kasar dan serbuk teh.
Kalau korang suka manjakan badan, mungkin korang boleh baca artikel ni: Lulur badan dengan cara yang betul.
Senang je kan sebenarnya nak dapatkan buku lali yang cantik. Kalau korang jenis jaga muka, pastikan korang bagi perhatian jugak dekat kaki tau. Tak bestlah kalau muka dah cantik, tapi bila tengok kaki… hmmmm berdaki.
Apa-apa pun korang boleh cuba tips ni tau. Yang penting kena rajin. Kalau malas, memang tak jadi apalah.><
Kredit gambar utama: @ria