Takut Gemuk Punca Tak Makan Nasi? Jom Tengok Apa Yang Boleh Gantikan
Masyarakat Malaysia kalau sehari tu tak ada nasi memang rasa macam tak lengkap hidup. Semua yang nak diet tahu nasi ni karbohhidratnya sangat tinggi lagi lagi pulak nasi putih. Bila makan, mesti nak tambah tambah dibuatnya.
Bak kata Kevin Zahri, makan nasi boleh tapi jangan lebih segenggam untuk satu hidangan.
Jadi kalau korang risau sangat terlebih makan nasi bila dah mula, ada beberapa makanan yang mengenyangkan korang yang tengah diet.
1. Ubi
Berbeza dengan kandungan karbohidrat dekat nasi, ubi ni lebih banyak serat dan ada sikit je gula. Kandungan anti oksidan dia pun tinggi yang mana akan bantu badan korang cegah mutasi DNA yang berpunca daripada radikal berbahaya.
Ubi ni termasuklah ubi keledek dan kentang tau. Caranya setiap kali makan, ambil sebiji ubi yang dah direbus. Memang kenyang! Kalau korang rasa kurang kenyang, boleh add on dengan sayuran lain.
2. Oats
Kalau makan ubi hari-hari pun bosan juga kan? Korang boleh selingkan dengan oats yang mana di dalamnya ada 66% karbo dan 11% serat. Selain daripada sangat efektif untuk orang yang nak turun berat badan, oats jugak bantu turunkan kadar gula dalam darah dan kolestrol.
Yang penting, bancuh oats tu bukan dengan susu tau, cukup dengan air suam jee.
3. Kobis bunga
Kalau rasa nak feel ala ala makan nasi, korang boleh try buat resepi nasi palsu guna kobis bunga.
Caranya mudah je, blend kubis bunga dan kukuskan sekejap. Atau korang boleh je buat ala ala nak masak nasi goreng tu. Lagi sedap berbanding makan ‘nasi’ kosong gitu je.
Siapa yang nak ganti nasi tapi tak boleh tinggal nasi biasanya dorang akan mulakan dengan nasi kubis bunga ni.
4. Barli
Jangan tak tahu barli bukan setakat boleh minum tau, jadi nasi palsu pun boleh. Tapi yang barli ni korang tak payah blend macam kobis bunga tu. Korang rebus barli macam biasa tapi buat cara macam masak sup.
Makan dengan ayam grill memang sedap!
5. Nasi perang
Kalau memang tak boleh go juga dengan nasi palsu tu, Zee cadangkan korang ambillah nasi perang yang mana dalamnya lagi banyak nutrisi & serat berbanding nasi biasa. Cara masak dia tak banyak beza pun dengan nasi biasa tapi biasanya nisbah air untuk 1 cawan beras, orang sarankan dalam 2 ½ cawan.
Jadi kalau korang masih rasa nasi penyebab korang gemuk (padahal tak pun) korang bolehlah gantikannya dengan makanan dekat atas ni. Olahkan ikut citarasa korang yang penting korang diet dalam keadaan happy.
Selamat mencuba!