Wanita Tak Ada Sijil Pertahan Servis Buat Braces Dia Tak Salah
Beberapa minggu ni, viral betul video yang tunjukkan seorang wanita tengah buat servis braces secara tak proper – atas lantai, tak ikut prosedur & tanpa peralatan yang sesuai.
Bila dah viral, memang beliau kena kecam kerana membahayakan kesihatan orang lain. Sebab kalau ikut logik, yang ada sijil professional takkan beranai tawar servis yang boleh menyebabkan risiko sijil ditarik balik.
Ada juga netizen yang hubungi si empunya servis tu untuk jelaskan apa yang beliau tawarkan tu sebenarnya bahaya. Tapi jawapan yang diterima memang lagi mengeruhkan keadaan.
Katanya, beliau tak dapat sijil sebab ada hal yang tertentu. Bila dah keluar dari kerja under orang tu, beliau slow slow buat sendiri dekat rumah. Dan gigi cust tetap okey walaupun hanya buat atas lantai dan dikecam sebab fake braces tu bahaya.
Untuk pengetahuan korang, kalau nak buat braces, baik pergi buat dengan orang yang memang bertauliah. Kalau korang buat ‘braces cap ayam’ ni memanglah harga dia murah tapi risiko lepas tu memang korang tanggung sendirilah.
Selain daripada risiko gigi rosak, gigi korang tu mungkin akan goyang teruk dan boleh tertanggal dari gusi. Yang lebih bahaya bila boleh datangkan maut macam apa yang berlaku dekat Thailand masa tahun 2012 lepas.
Moga kita ambil iktibarlah dengan apa yang berlaku. Jangan dah terhantuk, baru nak terngadah.
Korang juga mungkin berminat nak baca:
Nak Lengan Kecil Punya Pasal, Model Maut Masa Buat Pembedahan