Suka Tahan Bersin? Jaga-Jaga Jangan Sampai Ini Terjadi
Musim-musim COVID-19, ni nak bersin pun takut kan? Takut kalau kita sebarkan penyakit dan buat orang sekeliling tak selesa.
Tapi, jangan sebab korang takut korang tahan bersin pulak! Tak pasal-pasal nanti risiko lain yang datang.
Kalau korang nak tahu pernah ada kes orang terkoyak belakang tekak dia hanya sebab tahan bersin sampaikan dia terpaksa makan guna tiub weh! Yelah, belakang tekak dah terkoyak, macam mana nak telan makanan kan?
Bila kita bersin, udara yang dikeluarkan dari hidung dikatakan berkelajuan sampai 100 batu sejam tau. Jadi bayangkan daya tekan yang berlaku kalau korang tahan bersin. Nak nak bila korang sanggup tutup hidung dengan mulut sebab tak nak bersin.
Fuh, silap silap gegendang telinga pun pecah! Nak lagi buruk, saluran darah dalam otak pun boleh pecah beb. Jurnal perubatan sendiri ada tulis pasal ni.
Sempena dengan norma baharu ni, marilah kita belajar cara bersin yang betul. Yang tak membahayakan korang dan juga orang sekeliling.
Kredit gambar utama: health e-news
Sumber: The Asian Parent, BH