Ramai Masih Tak Move On Dengan Tudung Nikah ‘On Point’ Ayda Jebat
Ramai yang gembira bila pasangan Ayda Jebat & Nabil Mahir dah langsungkan pernikahan dorang awal tahun ni.
Majlis simple je, tapi boleh nampak lah kemeriahan tu.
Tapi dalam banyak-banyak tu, paling orang amused dengan makeup & tudung Ayda Jebat. Tudung Ayda kemas elok terletak dekat kepala, tak ada senget, tak ada gelembung, tajam je ke atas.
Ramai yang tanya apa rahsia sampai tudung Ayda elok macam tu sekali. Alha Alfa selaku jurusolek Ayda akhirnya dedahkan tudung Ayda elok terletak dengan bantuan spray rambut girls!
Sebab yelah material satin silk kot, kalau tak guna pengeras mustahil juga nak elok macam tu kan.
Jadi mungkin lepas ni, para suami kena sorok spray rambut dorang. Takut habis kena kebas dek isteri je nanti. ;p