Nasihat Rakyat Malaysia Supaya Berbaju Kurung, Minah Salleh Ni Teruk Disindir Netizen
Biarpun zaman dah semakin maju dan moden ke hadapan, wanita Malaysia tak pernah lupakan baju tradisional mereka iaitu baju kurung. Semakin dipelbagaikan supaya ianya tak lapuk dek zaman, seorang minah Salleh baru-baru ni dikritik hebat lepas keluarkan nasihat yang trigger rakyat Malaysia.
Beliau, Lisette Scheers yang juga pengasas jenama Nala Designs dalam satu interview dengan media South China Morning Post beritahu yang baju kurung semakin dilupakan rakyat Malaysia dengan secara jelas merujuk secara spesifik kepada Malays (Melayu).
Kata Scheers, dia membesar di Malaysia yang kaya dengan fabric yang cantik & warna-warni. Tapi sayangnya baju kurung dah ditelan zaman dan dia cuba untuk halangnya.
Whuttt???
Rata-rata rakyat Malaysia memang marahlah sebab statement dia yang ada bau bau neo-kolonisme iaitu satu amalan geopolitik yang gunakan kapitalisme, globalisasi perniagaan & imperialisme budaya untuk pengaruhi negara secara tak langsung.
Pandangan netizen sama macam pandangan Zee. Baju kurung tak pernah mati dalam kalangan rakyat Malaysia. Sentiasa ada dan relevan kot.
Mungkinlah sebab COVID-19 orang tak ramai keluar, tu yang dia tak nampak dah tu orang ramai banyak pakai baju kurung. Kan?
Kalau korang nak tengok marahnya rakyat Malaysia dekat Scheers ni korang boleh baca thread dekat bawah ni:
White people in Asia things. (BEBENANG) pic.twitter.com/M6mn7BBHFZ
— Nandini Balakrishnan (@Nandinibundini) January 16, 2021
Walaupun Scheers dah minta maaf, rakyat Malaysia still rasa yang dia tak patut nak keluarkan kenyataan yang tak sensitif.
Netizen Malaysia pun ada cara sendiri tunjuk rebel dorang dengan share banyak gambar-gambar dorang berbaju kurung. Ada jugak yang quote kata-kata Scheers sebagai sarcasm. Nais gurlzzz.
Hmm, Sheers. Terlajak perahu boleh la nak undur. Dah terlajak kata, sendiri la tanggung akibatnya. Tak mampu den nak menolongnya…