Masih Ramai Wanita Tak Tahu Cara Ukur Saiz Bra Yang Sebenarnya
Mungkin masih ramai wanita yang malu nak bercakap pasal hal pakaian dalam ni. Tapi ketahuilah yang saiz pakaian dalam tersangatlah penting untuk keselesaan urusan harian.
Bila dah malu, tak tahu nak cari maklumat kat mana, haa mulalah tersalah pilih.
Bila salah pilih bukan je dah membazir sebab dah beli tapi juga dah tak selesa nak pakai. Jadi untuk pilih bra, ada beberapa perkara yang orang perempuan kena tahu.
1. Ukur band size
Lilitkan pita pengukur di bahagian bawah breast. Buat dalam keadaan rileks, maknanya masa korang tengah hembus nafas. Posisi berdiri biasa biasa je, tak perlu pun nak mendada lebih sikit.
Contoh kalau ukuran korang 34, korang punya saiz mungkin boleh jadi 34A, 34B, 34C atau pun 34D. Kalau nombor ganjil, bundarkan jadi nombor genap seterusnya.
2. Ukur lilit breast
Lilitkan tali pengkur di dada korang, biar cukup cukup tapi jangan ketat sangat sebab biarkan ia ada ‘udara’ sikit. Macam biasa guna ukuran dalam inci.
Ini adalah untuk tahu korang cup jenis apa. Kalau ukuran dia ada 0.5 bundarkan je.
3. Kiraan
Untuk tentukan saiz cup, tolakkan ukuran lilit breast korang dengan ukuran band size.
- Beza 1 inci, saiz cup: A.
- Beza 2 inci, saiz cup: B.
- Beza 3 inci, saiz cup: C
- Beza 4 inci, saiz cup: D
Contoh kiraan, kalau saiz band korang 36 dan saiz ukur lilit breast 37 jadi bila dah ditolak bezanya 1 inci. Maknanya cup korang jenis A. Jadi bra yang sesuai untuk korang ialah 36A.
Jadi lepas ni kalau korang rasa nak beli online, bolehlah ukur sendiri. Tak payah dah nak kek kedai untuk test setiap jenis cup dalam dua tiga saiz berbeza.
Kalau salah beli saiz, kemungkinan besar korang akan rasa sakit di bahagian bahu & leher sebab bra tak mampu nak tampung beban.
Hmm, kalau korang sayang badan jangan malu malu nak belajar untuk tahu saiz bra ya.
Kredit gambar utama: Womantalk