Tahu Tak, Salah Cara Gosok Mata Gatal Punca Power Silau Naik?
Kalau mata korang gatal, apa yang korang buat? Just kedip-kedip, lepas tu cuci dengan air ke atau korang tenyeh/gosok mata tu selagi boleh?
Kalau korang pilih gosok selagi boleh, korang kena baca ni.
Bila-bila masa bendasing boleh masuk dalam mata macam habuk, bulu mata, contact lens yang hilang atau pun kotoran. Bila dah masuk, mata akan jadi tak selesa, gatal, berair, pedih dan kabur.
Refleksi awal bila jadi macam tu mesti kita gosok mata kan?
Korang tahu tak, kawasan mata ni sensitif sebab banyak pembuluh darah kecil. Jadi kalau korang gosok mata dengan kuat, kemungkinan besar boleh jadi masalah kesihatan yang lebih besar antaranya power silau naik.
Selain daripada korang cuci mata guna air dengan cara titiskan cecair pada mata, korang boleh gosok mata, tapi dengan lembut je tau.
Caranya:
- Yang atas tarik ke atas
- Yang bawah tarik ke bawah
- Tekan-tekan hujung mata – cara paling baik
Lepas ni dah tahu cara yang betul, ikutlah cara yang betul. Mata kalau dah rosak susah tau nak bagi sihat balik.
Thanks @_missika94 sebab share ilmu!