Jangan Percaya, Detox Foot Pad Ni Sebenarnya Scam!
Ingat tak masa kecik-kecik dulu, selalu kan nampak orang jual detox food pad ni. Mak ayah kita pun beli lah dan amuse bila pakai masa tidur, pad tu dah tukar jadi warna hitam gelap. Kononnya warna hitam tu toksin yang ada dalam badan kita.
Dah besar ni barulah tahu yang produk tu sebenarnya scam je. Tak percaya? Meh Zee nak cerita sikit pasal foot pad ni.
Kalau korang nak tahu, bahan yang selalu ada dalam foot pad ni ialah cuka buluh dengan cuka kayu yang kaya dengan bahan yang serap air iaitu phenol. Kalau ada je bahan phenol ni, produk akan jadi melekit sebab dia serap kelembapan udara.
Dan dalam pad tu jugak, kilang akan letak bahan macam daun teh yang boleh jadi gelap bila basah. Hasil gabungan tu, makanya pad tu akan jadi basah dan warna hitam yang ramai orang fikir tu toksin dalam badan.
Dekat AS sendiri produk ni macam dipulaukan sebabnya memang tak ada bukti pun yang dia mampu keluarkan toksin dalam badan dengan hanya tampalkan pada tapak kaki.
Sebab rakyat Malaysia dulu tak ada info sangat pasal benda ni, tu yang selalu je kena tipu dengan pihak-pihak yang ambil kesempatan. Tapi kalau korang perasan, produk ni masih ada je dalam pasaran, cuma kuantitinya tak sebesar dulu.
Jadi kalau korang nampak kenalan atau kaum keluarga ada guna foot detox pad ni, bagitahulah dornag yang benda tu scam dan tak bawa manfaat kesihatan pun. Buat membazir duit je.